Wings 36 Anniversary Celebration
Kumpulan Wings memberikan 'pose' semasa sesi fotografi bersama jurufoto selepas sidang media-Foto oleh Razali Razak |
'Wings 36 Anniversary Celebration' dibawakan oleh Awie Entertainment dan HS Shazlicious sempena meraikan ulangtahun ke 36 Wings dipersada industri hiburan negara. Menjadikan Royale Chulan KL yang gah adalah bertepatan dengan status Wings selaku legenda rock negara membuktikan Wings kekal relevan sejak ditubuhkan hingga kini.
Dalam masa 6 hari sahaja penjualan meja mereka medapati lebih dari 50 buah meja telah dijual membuatkan pihak penganjur lebih bersemangat untuk mengadakan persembahan.
Peminat yang hadir bakal menikmati persembahan lebih dari 20 buah lagu selama 2 jam dengan koleksi lagu Wings yang pastinya akan mengimbau 1001 nostalgia sepanjang Wings menakluk industri rock negara.
Dengan tema "Rock & Dine", berkonsepkan persembahan beserta
makan malam bakal berlangsung pada 26 Februari 2022 di Taming Sari Ballroom, Royale Chulan Hotel, KL bersesuaian serta mengikut
garis panduan yang disediakan oleh MKN dalam situasi semasa ketika
ini yang masih dibelenggu wabak Covid 19.
Menurut Dato' Awie lg persembahan mereka pada awal tahun 2022 kali ini menandakan bahawa Wings masih 'ujud' jesteru hasil dari perbincangan bersama Hatta maka persembahan meraka akan diadakan walaupun dalam masa yang terdekat.
Ditanya mengenai status kes Covid 19 kini makin meningkat, apakah plan B yang akan dibuat sekiranya persembahan mereka dibatalkan...Awie hanya menjawab "kami redha dan persembahan kami akan di tunda"
Dato' Awie ketika menjawab soalan yang diutarakan oleh pihak media-Foto oleh Razali Razak |
Peminat yang hadir bakal menikmati persembahan lebih dari 20 buah lagu selama 2 jam dengan koleksi lagu Wings yang pastinya akan mengimbau 1001 nostalgia sepanjang Wings menakluk industri rock negara.
Info tiket : SUPER VVIP - RM 15,000.00 PER TABLE FOR 8 PAX (RM1,875 /PAX)
VIP - RM 6,500 PER TABLE FOR 8 PAX (RM820 /PAX)
GOLD - RM 4,500 PER TABLE FOR 8 PAX (RM570 /PAX )
SILVER - RM3,500 PER TABLE FOR 8 PAX (RM450 /PAX)
Dato' Awie-Foto oleh Razali Razak |
Comments
Post a Comment