JELAJAH SELANGOR XTIV 2022 DATARAN PANTAI MORIB, BANTING.

 


Golongan belia adalah satu aset penting yang perlu diberi perhatian tinggi dan satu pendekatan yang tersusun perlu digerakkan untuk memperkasakan lagi aktiviti - aktiviti pembangunan belia. Program Jelajah Selangor XTIV 2022 adalah satu pendekatan Kerajaan Negeri untuk merapatkan hubungan dengan golongan belia di Selangor yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga, akademik, bakat dan perusahaan.




Program Jelajah Selangor XTIV 2022 turut memberi fokus kepada aktiviti pembangunan belia melalui sukan permotoran di dalam kategori motorsikal. Kerajaan Negeri amat berbangga melihat kesungguhan golongan belia di Selangor mengasah bakat mereka serta mengambil inisiatif-inisiatif khas untuk menggerakkan pelbagai aktiviti sukan permotoran motorsikal secara serius. Hal ini dapat dilihat melalui keunikan pameran motorsikal yang dipamerkan di samping aktiviti-aktiviti sukan yang lain.




Program Jelajah Selangor XTIV 2022 kali ini juga telah menarik penyertaan daripada Y15zr Club Malaysia serta beberapa lagi kelab-kelab motorsikal yang lain yang dilihat sebagai tanda sokongan golongan belia kepada pendekatan Kerajaan Negeri.




Melalui semangat #SELANGORBANGKIT, Kerajaan Negeri komited untuk menyemarakkan kembali pelbagai program pembangunan belia di Selangor terutamanya ketika pasca Pandemik Covid-19. Diharap dengan penganjuran program seperti ini dapat menyuburkan lagi minat golongan belia untuk turut serta di dalam program-program yang seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan