Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo
“Bukan saya tidak mahu bergerak bersama kumpulan namun kekangan masa, komitmen kerja saya serta ahli kumpulan itu sendiri yang membuatkan saya senang bersendiri”...WakDan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. Kuala Lumpur. Oleh: Nazrul . Nama Syed Iskandar Syed Muhamad Rum atau lebih mesra dengan panggilan Wak Dan mula menjadi sebutan setelah muncul menerusi program Suara Viral 2.0 (Episod 2). Ketika itu WakDan tampil dengan menyampaikan lagu Meniti Titian Usang. Suara Viral telah memberi harapan baru buat anak muda yang kini berusia 32 tahun untuk berada dan membina empayar dalam industri muzik tempatan. Meskipun namanya agak hijau namun itu bukanlah halangan untuk dia terus berusaha dan berdikari. Bakatnya telah dihidu oleh beberapa syarikat rakaman malah turut menjadi perhatian beberapa kumpulan muzik yang mendambakan genre rock sebagai platform. Ini adalah kerana pakej yang dimilikinya selain vokal serta imej rock yang menjadi nadi denyutnya. “Sebenarnya saya terlebih dahulu dikenali menerusi ...
Comments
Post a Comment