MBPJ TERUS HARGAI PERANAN WANITA DI PETALING JAYA



Majlis Bandaraya Petaling Jaya melalui Kelab Wanita IRIS MBPJ telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Petaling Jaya di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ. Penganjuran ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan jasa wanita dalam pembangunan negara khususnya di Petaling Jaya.

Bertemakan ‘Saksama Bersama’ tema sambutan Hari Wanita 2022, dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat, terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan agar ia selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG5) demi kebaikan komuniti Petaling Jaya. Antaranya:

\i. Menamatkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita.

ii. Mengiktiraf dan menghargai kerja rumah tanpa gaji melalui peruntukan perkhidmatan awam, infrastruktur dan polisi.

iii. Memastikan wanita diberi peluang yang sama untuk kepimpinan di semua peringkat.

iv. Memastikan wanita mempunyai hak yang sama di dalam membuat keputusan.



Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir berkata “MBPJ mempunyai lima fokus utama yang digariskan oleh Kelab Wanita IRIS MBPJ di dalam Pelan Tindakan Pemberdayaan Wanita Petaling Jaya 2021-2025 iaitu ekonomi, pendidikan, kesihatan, kemudahan prasarana dan hak di dalam proses pembuat keputusan adalah selari dengan : matlamat pembangunan mampan global”.

 Tambah beliau, pada hari ini penganugerahan 10 thematic champions PJSSR 2030 kepada wanita, yang mana ianya merupakan pertama kali anugerah mengikut 10 thematic. 10 thematic ini merupakan konsep perancangan bandaraya berdayatahan (‘resilient’) dan ianya perlu dilaksanakan bagi memastikan Bandaraya Petaling Jaya boleh bertahan dengan cabaran-cabaran akan datang. aspek-aspek utama yang akan diberi tumpuan meliputi kesihatan dan kesejahteraan awam, infrastruktur dan ekosistem, ekonomi dan komuniti, kepimpinan dan strategi.



Selain itu juga pada hari ini pengiktirafan kepada wanita-wanita Petaling Jaya turut diberikan kepada komuniti, media, pemimpin setempat, pegawai dan juga kepada rakan strategik yang lain. Kita juga menghargai pengorbanan isteri mantan Yang Dipertua MPPJ dan Datuk Bandar MBPJ atas sokongan yang diberikan. Wanita merupakan nadi serta tulang belakang kepada ketua keluarga terutamanya bagi ketua organisasi MBPJ khususnya. tidak dilupakan juga kepada penerima anugerah berdaya yang mana menyumbang dalam hala tuju maijlis terhadap dasar serta polisi dan juga penggerak kepada masyarakat.

Terdahulu, Datuk Bandar dan Isterinya YBrs Puan Farah Hanini Abdul Rahman yang merupakan Penasihat Kelab Wanita IRIS MBPJ telah merasmikan Bilik Kelab Wanita berkenaan yang terletak di Sunken Plaza, Menara MBPJ. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar MBPJ, TPr Hjh Sharipah Marhaini Syed Ali, Ahli-ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBP.



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan