'KOTA SENI' DI PETALING JAYA
Kumpulan Tari Aria Teja bergambar bersama YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir (Datuk Bandar MBPJ), Encik Aznan bin Hj. Hassan,Timbalan Setiausaha (Pengurusan), TPr Hjh Sharipah Marhaini Syed Ali (Timbalan Datuk Bandar MBPJ) dan Hadir sama Encik Ir Ismail bin Shafie,
Timbalan Setiausaha (Pembangunan) selepas merangkul kejuaraan "Tingkah Tari PJ 2022". Foto: Azuddin Ahmad Zin.
MBPJ buat kali kesembilan mengumpulkan penggiat seni berbakat di Petaling Jaya bagi mempamerkan bakat mereka. Oleh itu, MBPJ menubuhkan 'Kota Seni' dengan tujuan utama untuk menghidupkan suasana bandar Seksyen 52, Petaling Jaya yang dianggap agak suram pada waktu malam. Beliau berharap dengan wujudnya 'Kota Seni' ini, bandar Seksyen 52, Petaling Jaya sentiasa ‘hidup’ pada waktu malam terutama pada malam Ahad.
Projek ini telah di rangka sejak 2015, namun ianya tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik Covid 19 yang melanda dunia termasuk Malaysia pada punghujung 2019.
Menurut Datuk Bandar MBPJ, Ybhs Tuan Mohamad Azhan Md Amir beliau bersyukur kerana malam ini (01 April 2022) dapat direalisasikan program pertama iaitu 'Santai Budaya Kota Seni PJ 2022'. Dengan pemasangan lampu2 LED, neon dan pelbagai jenis lampu serta warna yang menarik membuatkan bandar Petaling Jaya lebih 'hidup'. Sebagai pembukaan, satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Tingkah Tari diadakan. Lebih dari 15 buah kumpulan tari dari pelbagai negeri mengambil bahagian untuk merebut hadiah utama wang tunai rm2,000.00.
![]() |
Azlan The Typewriter turut memeriahkan 'Santai Budaya Kota Seni PJ 2022'. Foto:Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir (Datuk Bandar MBPJ) ketika ditemubual oleh wakil TV3. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Selain program 'Santai Budaya Kota Seni PJ 2022', MBPJ juga tidak ketinggalan mempunyai lokasi yang dapat menarik pengunjung ke Petaling Jaya iaitu 'ART LANE @ PJ STATE'. Lokasi yang terletak di belakang lorong kedai di Seksyen 52, PJ New Town dengan landskap yang menarik dan dihiasi dengan lukisan mural berlatarkan wajah Datuk Bandar yang berkonsepkan ' Mensejahterakan Rakyat PJ' di 'ART LANE @ PJ STATE' diharap dapat menarik pengunjung untuk datang dan pelbagai aktiviti akan diadakan di sana.
![]() |
Busker antara aktiviti yang diadakan di 'ART LANE @ PJ STATE'. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Pelbagai aktiviti boleh di adakan di 'ART LANE @ PJ STATE'. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Antara 'spot' menarik untuk sesi fotografi di 'ART LANE @ PJ STATE'. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Pemandangan di 'ART LANE @ PJ STATE'. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Datuk Bandar MBPJ, YBrs.Tuan Mohamad Azhan bin Md Amir menambah, program utama yang akan diadakan pada November tahun ini dalam skala yang lebih besar berbanding malam ini (01 April 2022) yang dinamakan 'PJ International Folklore Festival'.
Beberapa bandar dari beberapa negara luar yang bergabung di bawah gabungan 'Sister City' adalah:
1) Bandung, Indonesia
2) Miyoshi, Jepun
3) Asan, Korea Selatan
4) Seong Bok Gu, Korea Selatan
5) Xingyuan, China.
Mereka akan menghantar wakil ke Petaling Jaya untuk mempromosikan kebudayaan negara masing-masing sempena program 'PJ International Folklore Festival' nanti.
![]() |
YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir (Datuk Bandar MBPJ) ketika ditemubual oleh wakil media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Comments
Post a Comment