Calum Scott – Heaven menampilkan Darren Espanto (Philippines) | Diana Danielle (Malaysia) Hoàng Duyên (Vietnam) | Lyodra (Indonesia)

 


 Lagu terbaharu penyanyi dan pencipta lagu pemenang pelbagai anugerah asal Britain, Calum Scott yang berjudul “Heaven” telah diberi sentuhan yang lebih segar dengan pembabitan beberapa bintang Asia Tenggara. Bintang-bintang pop tersohor rantau ini dari Filipina (DarrenEspanto), Malaysia (Diana Danielle), Vietnam (Hoàng Duyên) dan Indonesia (Lyodra), telah merakam semula balada syahdu Calum dengan cara mereka tersendiri, namun masih mengekalkan intipati lagu tersebut. Dijadualkan untuk pelancaran pada 9Jun2022, empat lagu hasil. Kerjasama ini mengungkap perasaan jatuh cinta dengan gambaran syurgawi yang melangkaui segala perbatasan emosi.

Menampilkan beberapa bintang tersohor serantau seperti Darren Espantosalah satu bintangpop terhebat Filipina sejak sedekad lalu, Lyodrapemenang Indonesian Idol 2020 yang

terkenal dengan suara hebatnyaDiana Daniellepelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut di media sosial serta Hoàng Duyênsalah seorang artis Vietnam yangsemakin meningkat naik.

Calum ScottSaya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis artis hebat ini dari Malaysia,Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat dihati saya,jadi peluang ini satu  penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam

kolaborasi “Heaven” kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya.



DianaDanielleIa satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili  Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan.



Darren Espanto: Saya sangat teruja tentang Kerjasama ini. Saya dah mendengar muzik Calum sejak dia melancarkan “Dancing On My Own” selepas Britain's Got Talent. Salah satu lagu yang saya suka nyanyikan adalah “You Are The Reason”. Kini, saya berpeluang berkolaborasi dengannya untuk lagunya sendiri dan berkongsi karya ini dengan artis Asia Tenggara serantau yang lain. Saya harapa dapat mempersembahkan lagu ini secara langsung bersamanya satu hari nanti.

HoàngDuyênSecara peribadi saya suka mendengar lagu yang menenangkan, seperti satu   bentuk penenang jiwa.Seperti Namanya Heaven adalah lagu yang sarat dengan tenaga   positif. Ia satu peluang keemasan buat artis muda seperti saya. Calum dan saya telah   memberikan sepenuh hati kami untuk projek ini. Kami tak sabar untuk berkongsi lagu ini dengan anda semua. Harap anda semua bakal menyukai duet kami ini.

LyodraSaya sangat teruja untuk projek ini. Saya harap peminat semua akan menyukai lagu  serta kolaborasi kami. Saya juga harapa Calum dan saya akan dapat bersemuka secara   langsung dan membuat persembahan bersama. Saya ingin berterimakasih kepadanya   kerana memberi peluang untuk menyanyi bersama, ia satu penghormatan yang besar buat   diri saya.

  Balada penuh makna itu menampilkan bakat Calum dalam meluahkan emosi. Sebagai   pencipta lagu, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengucapkan kata-kata seperti aku rindu padamu’ atau ‘aku cinta padamu’ kata Calum, yang menulis “Heaven”  bersama Hayley Warner (seorang penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Australia yang juga   pernah mencipta lagu Katy Perry dan Tori Kelly). Konsep ‘Heaven’ adalah percintaan agung  antara dua insan yang tidak tergambar. Saya menyukai idea meletakkan ‘kuasa’ dalam   perhubungan cinta. Ini diserikan lagi dengan lirik puitis dalam Bahasa Inggeris“What good is life if we’reall just waiting to dance in the sky?” (yang bermaksud apa gunanya hidup jika kita 

hanya menanti untuk menari di langit),yang merupakan hasil satu penghargaan dalam menikmati kehidupan dengan  menyerahkan segalanya pada cinta



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan