KPDNHEP SELANGOR SERBU BARANG KAWALAN BERSUBSIDI MINYAK DIESEL DISYAKI DISELEWENG.
Pada 8 Jun 2022, KPDNHEP Selangor di bawah Pasukan Serbuan
dari Unit Operasi (STAS) Seksyen Penguat Kuasa KPDNHEP Selangor
telah menjalankan serbuan hasil risikan terhadap sasaran yang merupakan
premis Stor Minyak Diesel Tanpa Nama lokasi di Klang, Selangor.
Pasukan Serbuan dari Unit Operasi (STAS) Seksyen Penguat Kuasa
KPDNHEP Selangor ini terdiri daripada tujuh (7) orang Pegawai Serbuan
yang dijalankan secara surveillance di lokasi dan premis sasaran yang
disyaki dijadikan tempat penyimpanan minyak diesel tidak berlesen.
Hasil pemeriksaan dan pemantauan menunjukkan terdapat aktiviti
pembelian minyak diesel dari stesen minyak oleh kenderaan bermotor jenis
lori dan disyaki berlaku aktiviti penghantaran dan penyimpanan di lokasi
sasaran serbuan.
Hasil serbuan pada kali ini melibatkan tahanan untuk keperluan
siasatan. Sejumlah tiga (3) orang OYDS yang ditahan semasa serbuan iaitu
lelaki berbangsa India, warganegara Malaysia dan umur sekitar 25-41 tahun.
Rakaman percakapan untuk keperluan siasatan diambil dan telah
dibebaskan dengan jamin polis.
Pasukan serbuan telah menemui sejumlah lapan (8) unit Skid Tank
yang berkapasiti maksimum 20,000 liter bagi setiap satu unit Skid Tank,
empat (4) buah lori dan empat (4) unit badan tangki lori turut ditemui. Pada
masa yang sama, peralatan lain yang digunakan bagi kerja-kerja
pemindahan minyak diesel ada di lokasi serbuan.
Premis yang diserbu juga didapati tidak mempunyai lesen sah atau
apa-apa dokumen kebenaran dari Pengawal Bekalan untuk menjalankan
urusan barang kawalan bersubsidi jenis minyak diesel.
Berdasarkan pengisytiharan stok dan pemeriksaan oleh pasukan
serbuan, anggaran jumlah minyak diesel di dalam Skid Tank dan tangki lori
adalah sebanyak 75,200 liter.
Kenderaan bermotor, Skid Tank dan peralatan yang ditemui di lokasi
serbuan telah disita untuk tujuan siasatan dan nilai rampasan dianggarkan
RM605,000.00.
Tindakan kes disiasat terhadap premis berhubung kesalahan yang
disyaki di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan potensi kesalahan
seperti berikut :-
a) Seksyen 21 AKB 1961 - Memiliki barang kawalan dengan
menimbulkan syak yang munasabah akan melakukan
kesalahan; dibaca bersama, Peraturan 3 PPKB 1974 -
Berurusan Barang Kawalan Berjadual tanpa lesen dan;
b) Subseksyen 20 (1) AKB 1961 - Memindahkan, membenarkan
artikel dikawal untuk dikeluarkan atau membenarkan artikel
disimpan di mana-mana premis yang tidak berlesen atau
diberikan kelulusan oleh Pengawal untuk penyimpanan.
c) Subseksyen 7(4) AKB 1961 - Mana-mana orang yang gagal
mengemukakan lesen atau surat kebenaran dalam masa yang
munasabah apabila diminta oleh pegawai bekalan adalah
melakukan suatu kesalahan.
Antara lori tangki yang turut di rampas dan di sita dalam operasi pagi tadi. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan
1961, kesalahan boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit Malaysia
(RM1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya sekali.
Bahagian Penguat Kuasa, KPDNHEP menegaskan pihaknya, akan
bertindak tegas serta tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan
undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang
kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna.
YBrs. Tuan Mohd Khairi Jamaludin Timbalan Pengarah KPDNHEP SEL merangkap Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDHHEP SEL begitu tenang menjawab beberapa soalan dari pihak media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Pengguna disarankan untuk menyalurkan maklumat atau sebarang
pertanyaan berkaitan perlakuan penyelewengan barangan bersubsidi di
saluran rasmi berikut :
i. Whatsapp 019-279 4317/019-848 8000
ii. Portal e-aduan.kpdnhep
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
v. Ez ADU KPDNHEP
vi. Enforcement Command Centre (ECC) KPDNHEP 03-8882
6088/6245
Comments
Post a Comment