SELANGOR MEGA JOB FAIR 2022 TAWAR LEBIH 20 RIBU PELUANG PEKERJAAN MELIBATKAN LEBIH 100 SYARIKAT DAN AGENSI KERAJAAN
Kerajaan Negeri memandang berat tentang kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku pertama tahun 2022 adalah sebanyak 3.2% iaitu bersamaan dengan 118,100 orang jumlah penganggur berbanding suku tahun keempat 2021 (2.9% - 105,300 orang).
Di atas komitmen berterusan bagi mengurangkan kadar pengangguran di Selangor, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan meneruskan program Selangor Mega Job Fair 2022 yang bermula hari ini selama dua hari bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam. Program ini diadakan secara fizikal dalam skala yang besar selepas dua tahun diadakan secara hydbrid dengan konsep jelajah ke daerah-daerah yang terpilih disebabkan oleh standard operating procedure (SOP) Majlis Keselamatan Negara ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara ini.
Pengunjung yang hadir melawat gerai Jabatan Penjara Malaysia di Selangor Mega Job Fair 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Pengunjung yang hadir di Selangor Mega Job Fair 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Program Selangor Mega Job Fair kali ini bakal menawarkan lebih 20 ribu peluang pekerjaan yang melibatkan lebih 100 syarikat antaranya ialah Kumpulan Perangsang Selangor, DRB Hicom Berhad, Malayan Banking Berhad, Bank Simpanan Nasional, PROTON, Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd, dan Panasonic. Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba & Penyelamat, PTPTN dan banyak lagi. Peluang pekerjaan yang ditawarkan meliputi pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan, perbankan dan sebagainya.
Kerajaan Negeri Selangor yakin dapat mengekalkan kadar pengangguran dibawah 4% bagi suku ketiga dan keempat tahun 2022. Diharapkan rakyat Selangor khususnya belia dapat mengambil peluang di atas inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan mendaftar di www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pekerjaan yang ditawarkan serta bersama memenuhi dan meningkatkan tenaga kerja di Negeri Selangor.
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor ketika sesi sidang media di Selangor Mega Job Fair 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor menjawab soalan media di Selangor Mega Job Fair 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Comments
Post a Comment