PRESTASI PROGRAM SELANGOR MEGA JOB FAIR 2022
Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan Program Selangor Mega Job Fair 2022 pada 11 & 12 Jun 2022 yang lalu bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Program yang dijalankan selama dua hari itu telah menerima kehadiran seramai 8,201 orang. Jumlah pemohon yang berjaya mendapatkan pekerjaan adalah 1,996 orang sehingga 06 Julai 2022 manakala 3,601 telah berjaya di temuduga kali kedua.
Atas komitmen bagi mengekalkan kadar pengangguran di bawah 4%, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan komited meneruskan program Selangor Mega Job Fair 2022 kali kedua pada bulan September bertempat di MAEPS, Serdang.
Program Selangor Mega Job Fair yang akan diadakan nanti bakal melibatkan penyertaan lebih 200 syarikat yang turut memfokuskan sektor perhotelan, industri sukan dan peluang kerjaya untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Diharapkan rakyat Negeri Selangor, khususnya belia dapat mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan mendaftar di www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pekerjaan yang ditawarkan untuk bersama-sama memenuhi dan meningkatkan peluang tenaga kerja di Negeri Selangor.
Comments
Post a Comment