Iss Arffan kembali mempertaruhkan single kedua "CINTA LENYAP "
Setelah muncul dengan Tiada Bernoktah, Iss Arffan kembali mempertaruhkan single kedua "Cinta Lenyap" Hasil nukilan dari saya berdasarkan pengalaman sendiri. Lagu bergenre ballad dengan naratif lirik yang terinspirasi dari kisah sebenar tentang percintaan seorang lelaki kelainan upaya pendengaran dan bisu sewaktu di bangku sekolah, yang mana pengakhir kisahnya telah ditinggalkan kerana kekurangannya.
Saya benar-benar cuba menghayati sebaik mungkin melodi dan lirik “ Cinta Lenyap ” sewaktu rakaman, sebak mengenangkan kisah dibalik lagu ini setelah membayangkan perasaan ditinggal kekasih semata-mata kerana beliau merupakan insan Orang Kelainan Upaya (OKU). Sebuah lagu cinta tentang harapan, keikhlasan hati yang akhirnya di persiakan " Ujar Iss Arffan menceritakan pengalaman sewaktu merakamkan lagu ini.
Pemenang tempat ketiga Lagu Cinta Kita 2021 musim kedua yang disiarkan di TV3 ini turut menceritakan survival seni beliau sebelum merakamkan single secara professional dibawah label MAP Music diatas minat yang tidak bertepi didalam bidang ini.
"Cita-cita sejak kecil ialah menjadi seorang pemain bola sepak sebenarnya, sehingga saya berjaya mewakili Negeri Sarawak untuk pertandingan futsal pada usia 11 tahun. Suatu hari secara tidak sengaja ibu saya telah mendengar nyanyian saya dan terus mengambil keputusan menghantar saya ke kelas vokal yang memfokuskan kepada Irama melayu asli, dan saya terus mencuba pelbagai perkara untuk memperluaskan lagi pengalaman seni saya dengan menyertai pelbagai pertandingan serta turut berbusking di seluruh Sarawak. Pencapaian tertinggi ketika itu setelah menggondol tempat ketiga didalam pertandingan lagu melayu Asli diantara sekolah seluruh Sarawak".
Cinta lenyap akan diluncurkan di platform digital dan streaming pada 15hb Julai 2022, semoga cubaan kali ini mencapai jaya seperti di impikan. #cintalenyap #issarffan #singleterbaru2022
Comments
Post a Comment