'MALACCA MUSIC HALL' LOKASI LENGKAP PENGANJURAN KONSERT DAN ACARA.

Datuk Ramli Sarip menandatangi poster sebagai gimik pelancaran Malacca Music Hall. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Melaka 02 Ogos 2022- Industri Seni dan Hiburan di Melaka Bandaraya Bersejarah akan bertambah meriah dengan pembukaan rasmi Malacca Music Hall (MMH) pada hari ini. 

Pembukaan rasmi tirai Malacca Music Hall diserikan dengan penganjuran konsert artis ternama Datuk Ramli Sarip yang bertemakan “Concert Ramli Sarip - Up Close & Personal”. Konsert yang berlangsung selama 2 malam, pada 29 Julai dan 30 Julai 2022 ini adalah khusus dianjurkan untuk para peminat beliau berhibur secara eksklusif di samping berpeluang untuk berinteraksi secara dekat dan santai dengan artis ternama Malaysia ini. 

Malacca Music Hall adalah merupakan sebuah lokasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan acara, khusus bagi penganjuran konsert atau persembahan acara hiburan yang bersifat eksklusif. Ruang utama Malacca Music Hall adalah dilengkapi dengan peralatan audio visual termoden berserta dengan sistem penataan bunyi dan cahaya. Malacca Music Hall juga dilengkapi dengan kemudahan ruang pelbagai guna dan juga kemudahan parkir. 


Terletak di Masjid Tanah Melaka, pembangunan MMH adalah merupakan suatu inisiatif pihak persendirian yang mendukung visi sebagai pemangkin dan penyumbang kepada perkembangan dan penggalakan pembangunan industri muzik tanah air, khususnya di Melaka. Pelbagai acara dan aktiviti seni serta hiburan telah dirangka dan akan dilancarkan secara berperingkat oleh pihak pengurusan MMH, bertujuan untuk mengembalikan kemeriahan industri seni dan hiburan yang telah terjejas akibat dari impak pandemik Covid-19. 

Selain dari Konsert Ramli Sarip , MMH juga dalam persediaan untuk menganjurkan konsert dan persembahan eksklusif MOHRAM, Azharina dan Amir UK yang bakal berlangsung pada tahun ini.


Malacca Music Hall mengutamakan penganjuran acara muzik yang berkualiti dan kreatif agar dapat mencipta kelainan dan memberi kepuasan kepada penonton yang menghadiri konsert — konsert di Malacca Music Hall. Untuk merealisasikan misi ini, pengurusan MMH dan pembangunan strategi pengembangan aktiviti dan acara MMH juga turut dibantu urus oleh pemuzik-pemuzik profesional Malaysia serta penggiat - penggiat seni yang berpengalaman luas dalam industri muzik dan hiburan.


“Kami hanya mahu memberi perkhidmatan dan persembahan acara yang terbaik untuk para pelanggan kami, maka tentunya kami merujuk secara professional kepada rakan-rakan industri muzik yang tentunya berpengalaman luas dalam setiap aspek muzik, seni dan hiburan’, ujar saudara Hosny Yunus, selaku Pengurus MMH.

Selain dari berfungsi sebagai lokasi penganjuran acara, MMH turut menawarkan perkhidmatan lengkap sebagai studio rakaman muzik. MMH juga boleh disewa oleh penganjur-penganjur acara dan majlis. MMH juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak penganjur berasaskan konsep kongsi-niaga dan keuntungan untuk acara-acara dan aktiviti yang bersesuaian dengan pelan perniagaan dan pemasaran MMH.

Selain dari menawarkan ruang untuk penganjuran acara, MMH adalah terletak bersebelahan dengan Villa d’Acqua Resort yang turut bekerjasama dengan MMH dengan menawarkan pakej penginapan bertaraf hotel butik kepada para penonton konsert di MMH. Hotel yang dilengkapi dengan kemudahan bilik-bilik penginapan, kolam renang, ruang penganjuran acara adalah sesuai untuk percutian secara keluarga dan berkumpulan.


MMH juga adalah berhampiran dengan pusat tarikan pelancongan seperti Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak yang juga turut menempatkan pelbagai chalet dan resort percutian. la menjadikan MMH sebagai lokasi yang strategik kerana para penonton konsert boleh memilih untuk bermalam sama ada di Villa d’Acqua atau di chalet-chalet berhampiran sebagai lokasi untuk merehatkan badan_ selepas menonton konsert atau persembahan artis-artis kesayangan mereka.

Tempahan dibuka sepanjang tahun dan bagi mereka yang berminat, boleh menghubungi talian 017-331 5111 untuk sebarang pertanyaan dan juga untuk membuat tempahan.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan