Syafeek Ikhwan mahu penganjuran 'PWM' diteruskan demi pelantar khas buat wanita melayu.

Syafeek menganggap pertandingan ini sebagai satu pelantar untuk permulaan dan kalah itu bukan untuk pengakhiran kerjaya. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 Shah Alam (06 Ogos 2022)- Syafeek Ikhwan mahu penganjuran Pencarian Wanita Melayu diteruskan bagi kaum wanita melayu dapat menjadikan ianya satu pelantar memulakan kerjaya sebagai wanita melayu yang cemerlang dalam pelbagai bidang terutama bidang peragaan, bidang model produk serta bidang pengacaraan. Bukan itu sahaja penganjuran pertandingan sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat mempelajari pelabagai maklumat untuk memulakan kerjaya mereka. Buat masa ini tidak banyak penganjuran sebegini yang hanya dikhaskan untuk wanita melayu sahaja.

Syafeek Ikhwan ketika membuat persembahan di separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Syafeek Ikhwan merupakan Juara Lagu Cinta Kita 3 anjuran stesen TV swasta sudah 3 tahun bersama penganjur Pencarian Wanita Melayu ini ditemui selepas mengadakan persembahan di majlis separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 yang dianjurkan oleh Plaza Shah Alam. Dalam satu sesi temubual hari ini belaiu menambah, rata-rata peserta separuh akhir menunjukan bakat mereka pada sesi soal jawab dan penampilan mereka diatas pentas secara tidak langsung memberikan peserta satu ilmu baru bila mana mereka berhadapan dengan penonton serta juri profesinal.

Syafeek Ikhwan ketika membuat persembahan di separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Pada peringkat separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 yang diadakan pada hari ini, seramai 25 peserta telah bertanding untuk merebut 10 tempat untuk ke peringkat akhir. Mereka diadili oleh Kiffy Razak (Pengurus Editor  NONA), Vanidah Imran (Pelakon), Puan Azura (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Faizal Hamid. Habib Jewel merupakan penaja utama PWM2022 tetap untuk tahun ini bersama Ice Watch. Penajaan hadiah lain turut disokong oleh Anytime Fitness, Anas Abdullah, Twenty, Shes Official, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtazfella Perfume, Breylee Malaysia san Schatzs Cosmetic.

Antara juri di separuh akhir PWM2022 (dari kiri) Kiffy Razak (Pengurus Editor  NONA), Vanidah Imran (Pelakon), Puan Azura (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Faizal Hamid.

Barisan 10 peserta akhir yang akan berentap di peringkat akhir PWM2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Berikut adalah senarai nama-nama peserta yang layak ke peringakat akhir yang akan diadakan pada 13 Ogos 2022 bertempat di Plaza Shah Alam, Selangor:

1) SITI AISYAH BINTI MOHAMED ZULKIFLI 26.

2) YASERAH GOHAR ALI 25.

3) SABRINA NIZAM 24.

4) NUR SHALIA BINTI SHUID 26.
 
5) NUR DIANA SRI TUNTEJA BINTI MOHD JOHARI 21.

6) NURUL AZWANI SALIMEN 26.

7) NURUL YASMIN BINTI AMRAN 24. 

8) NUR IZZATUL AQMA BINTI LUDIN 20.

9) AQILAH BINTI AFINDI 21.

10) NURUL KAMILIA AFIQAH BINTI MOHD KAMARUZAMAN 24.

Sesi soal jawab peserta separuh akhir PWM2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Sesi soal jawab peserta separuh akhir PWM2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin.





Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan