"Inilah kali pertama saya akan beraksi secara live selama dua malam berturut-turut" Ezad Lazim

"Inilah kali pertama saya akan beraksi secara live selama dua malam berturut-turut": Ezad Lazim. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

 MATIC, Kuala Lumpur:

Selepas 27 tahun menjadi artis rakaman, penyanyi bersuara lunak, Ezad Lazim, akhirnya bakal beraksi dalam suatu persembahan showcase istimewa di pulau peranginan terkemuka Langkawi, Kedah. Persembahan eksklusif anjuran New Dimension Sdn Bhd itu akan berlangsung di Ballroom Aseania Resort & Spa, Langkawi selama 2 malam iaitu 25 & 26 November ini.

Mengesahkan perkara ini dalam sidang media yang berlangsung di Matic, Jalan Ampang, Ezad berkata, beliau sangat teruja dengan persembahan yang dinamakan Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim itu kerana ia memiliki banyak keunikan.

"Inilah kali pertama saya akan beraksi secara live selama dua malam berturut-turut di sebuah resort percutian terkenal yang jauh dari Kuala Lumpur. "Apa yang menarik, pada kedua-dua malam itu, saya akan berduet dengan peminat yang juga penonton bertuah menerusi sebuah lagu popular saya.

"Bukan itu sahaja, pembeli-pembeli tiket akan berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa telefon pintar yang hebat. Selain itu, penonton yang membeli tiket VIP Gold akan berpeluang menyertai sesi Meet & Greet, jamuan bersama saya dan mendapat cenderahati," kata Ezad yang akan memperagakan fesyen rekaan ZAB.Co dari Singapura.

Puan Adzrin Adzhar (Pengarah Muzik Mini Showcase) ditemui ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.
 
Untuk kedua-dua persembahan itu kelak, Ezad akan diiringi oleh band AANTU di bawah pimpinan penyanyi dan komposer Adzrin Adzhar. Adzrin juga akan membuat persembahan pembukaan selain akan berduet dengan Ezad.
Dari kiri-Puan Emma Zainal (Pegawai Eksekutif New Dimension, Puan Adzrin Adzhar (Pengarah Muzik Mini Showcase), En Ezad Lazim (Penyanyi), Puan Ziela Rashid (CeO New Dimension), En Daniel Ruiz Palacin (Produser New Dimension), En Hakim Azman (Pengurus Pemasaran & Komunikasi  Aseania ), dan Puan Norli Mokhtar (Pengurus Jualan Aseania). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Turut hadir pada sidang media itu wakil adalah Pegawai Eksekutif New Dimension Sdn Bhd jaitu En Haimee Affanizam dan Puan Emma Zainal. Hadir sama, Pengurus Pemasaran Aseania, En Hakim Azman serta Pengurus Jualan Aseania, Puan Noorli Mokhtar.

En Hakim Azman (Pengurus Pemasaran & Komunikasi  Aseania) memberikan penerangan mengenai Aseania Resort & Spa, Langkawi (lokasi mini showcase). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Tiket Mini Showcase Jiwa & Lagu Ezad Lazim berharga RM279 (Gold), RM229 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM1I79 (Standard). Jumlah kapasiti penonton adalah sebanyak 300 penonton (duduk).

Apa yang mengharukan, sejak talian tempahan dibuka pada 01 Sept lalu, peminat Ezad dari Singapura, Brunei Darussalam dan Borneo telah membuat tempahan bersama pakej penginapan di Aseania. 

Lebih menarik lagi, pihak Aseania Resort & Spa Langkawi menawarkan harga istemewa kepada pembeli tiket showcase ini dengan menyertakan bukti pembelian tiket dan terus mendapat kod harga istemewa. 

Tiket-tiket kini boleh ditempah melalui talian hotline +601 1-7027 0028 dan di hu»s://onlineticket.vip  Sebarang posting berkaitan persembahan Ezad itu di sosial media boleh diletakkan hashtag #ezadlazimshowcase2022. 

Untuk makluman, peminat bertuah yang ingin terpilih berduet dengan Ezad mestilah membeli tiket showcase berkenaan dan kemudian memuat naik resit pembelian bersama sebuah video nyanyian mana-mana lagu Ezad berdurasi 30 saat ke IG dan Tik Tok masingmasing. 

Sila hashtag #NewDimensionSdnBhd dan #ezadlazimshowcase2022. Mereka yang paling layak dan hebat akan dihubungi oleh pihak New Dimension. 

Sementara itu, hadiah hebat bagi cabutan bertuah pula adalah telefon pintar iPhone 13 Max Pro, Vivo dan Huawei serta pakej penginapan 2 hari / 1 malam di Super Deluxe Room Aseania untuk dua orang termasuk sarapan.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan