PROGRAM SELANGOR XTIV ESPORTS 2022


 Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan program Selangor Xtiv Esports 2022 pada 10 dan 11 September 2022 bertempat di ruang legar Ground Floor, IOI City Mall, Putrajaya.

Dua kategori permainan sukan elektronik iaitu PlayerUnknown's Battlegrounds (PuBG) dan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang menerima seramai 2,000 penyertaan terdiri daripada para pemain amatur dan belia yang bergiat aktif dalam sukan elektronik dengan menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM24,000.




Inisiatif Kerajaan Negeri melalui program ini adalah untuk membangunkan industri sukan elektronik di peringkat akar umbi dan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai manfaat perkembangan sukan elektronik khususnya melahirkan pasukan professional, sekaligus memberikan peluang kerjaya kepada golongan belia.

Dengan Penganjuran program ini, diharapkan matlamat pembangunan sukan elektronik dapat direalisasikan melalui usaha yang memfokuskan ‘engagement’ berterusan ke peringkat akar umbi untuk mengenalpasti dan mengasah lebih ramai bakat baru yang mampu mengangkat nama Negeri Selangor ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.






Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan