Selangor siap sedia hadapi (SUKMA) XX 2022

 

YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Benderan Kontinjen Selangor ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga turut menyampaikan amanat beliau kepada hampir 480 Orang Atlet SUKMA Negeri Selangor yang akan menyertai Temasya SUKMA edisi kali ini.






Majlis pada hari ini turut mengumumkan YB Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman, Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan sebagai Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Selangor. Bapa-bapa angkat Pasukan SUKMA Selangor yang terdiri daripada Ahli-Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor juga turut menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.



Majlis Sukan Negeri Selangor juga mengumumkan AVIS sebagai Rakan Penaja Kenderaan Sekretariat Negeri Selangor bagi Temasya SUKMA XX, MSN 2022.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan