BAIT-BAIT RASA FATIA


Oleh: Norazni

Selepas berjaya menjadi artis rakaman pertama Malaysia  di bawah payung platform hiburan video paling popular masa kini iaitu TikTok, bintang baharu bernama Fatia terus mengorak langkah dengan projeknya yang terkini.

Jika dahulu memulakan titik pengenalan dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysianya ‘Bebas Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul BAIT-BAIT RASA.

Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat besar nan tersohor Ezra Kong itu  merupakan  sesuatu  yang  jauh  berbeza  dari  segi  konsep  muzik  berbanding  single  sulung  Fatia dahulu.

“Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya,‘My World Too’.Bukan saja dari aspek melodi dan tema  yang  lebih  lembut  serta  feminin, tetapi  juga  dari  gaya  vokal  dan  proses  rakaman.  Saya  teruja menceburi genre muzik yang berlainan dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat setia saya. Saya juga berharap kreativiti ini akan menarik perhatian peminat baharu juga,” ujar Fatia teruja.

Sungguhpun BAIT-BAIT   RASA menceritakan   tentang   cinta   yang   tidak   berbalas,   namun   Fatia memberitahu yang dia belum pernah mengalami perasaan tersebut.

“Lirik lagu ini menangkap perhatian saya dengan serta-merta  saat  mendengar  demo  yang  dikongsi oleh Ezra. Apatah lagi dalam hidup saya setakat ini saya tidak pernah jatuh cinta. Liriknya seperti ada maksud yang lebih mendalam. Mungkin, ia sebagai satu pengajaran buat saya apabila saya betul-betul menghadapi situasi itu nanti,” tambah Fatia.

Menurut Fatia semasa memilih lagu ini dirinya telah mendengar banyak demo lagu berbahasa Melayu namun lagu ini yang paling digemari.“Lebih-lebih lagi bila saya ketahui yang ia ditulis oleh Ezra Kong. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, segan juga kerana saya sungguh minat karyanya yang lain,” katanya lagi.


Mengenai proses rakaman pula Fatia mengakui bahawa dia tidak ingin mengecewakan Ezra. Keseluruhan proses rakaman berjalan dengan lancar dan sangat cepat.“Saya masuk studio Ezra beberapakali,  kali  pertama  untuk  mencari  key  yang  terbaik,  dan  kali  kedua  untuk  merakam  vokal. Saya banyak belajar dari Ezra, terutamanya dari segi persembahan vokal dengan penuh emosi serta menggunakan  aspek  suara  yang  berlainan dari  sebelum  ini.  Dia  menggalakkan  saya  untuk  yakin dengan suara saya yang sebenar. Dari pemerhatian saya, dia juga seorang yang sangat baik hati dan sabar, selain sangat profesional,” dihuraikan Fatia.

Lagu ini juga didatangkan dengan sebuah videomuzikyang  menarik.“Penggambarannya sangat menyeronokkan, malah kali ini lebih romantik dan feminin. Penggambaran video muzik ini agak unik kerana  dirakamkan 1.5 kali  lebih  laju  dari  kelajuan  lagu yang  sebenar. Jadi  kelihatan  seperti  saya sedang menyanyi rap namun perlu kekal elegan. Memang lucu pengalamannya,” ujarnya lagi.“Lagu ini menunjukkan sisi saya yang berbeza. Saya telah memberikan jiwa saya dan membukanya dengan sepenuh hati demi pembikinan lagu ini. Saya harap pendengar akan memberi peluang kepadalagu ini dan jatuh cinta dengannya, sama seperti saya,” tutup Fatia tentang harapannya mengenai lagu ini.


Lagu BAIT-BAIT RASA bakal berada di semua platform digitalseperti  Spotify,  Apple  Music,  Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 Oktober 2022 jam 12 tengah malam danmuzik video disaluran YouTube Universal Music Malaysia jam 8 malam pada tarikh yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA