Hijjaz Komited Berikan Persembahan Terbaik di Konsert Nasyid Lagenda
![]() |
Kumpulan Hijjaz ketika membuat persembahan di Karnival Gema Insan 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Shah Alam
Oleh: Nazrul
Aura kehebatan yang dimiliki setiap kumpulan nasyid membuatkan genre ini kekal utuh dan menjadi pujaan ramai, meskipun pelbagai genre muzik mewarnai industri muzik tempatan, nasyid dilihat masih mendapat permintaan tinggi dan kekal relevan walaupun ada ketikanya mengalami zaman suram.
Hijjaz yang kini diterajui oleh Munif, Isman Nadim, Mohd Faizal dan Muhammad Ariffin komited untuk memberikan persembahan terbaik sewaktu konsert Nasyid Lagenda yang akan berlangsung pada 29 Oktober nanti.
“Konsert ini adalah sebagai tribute bagi mengenang jasa penyanyi nasyid yang berkecimpung sejak tahun 1970-an seperti Al Jawaher, Al Mizan dan seangkatan dengannya, “ jelas Faizal ketika ditemui di majlis Gema Insan 2022.
Untuk penyanyi nasyid era 1980-an pula seperti Nadamurni dan The Zikr manakala fasa ketiga, 1990-an hingga kegemilangan nasyid kontemporari seperti Raihan, Hijjaz, Brothers dan lain-lain,”
“Hijjaz akan memulakan latihan untuk konsert tersebut bermula 25 dan 26 Oktober ini. Ianya adalah menjadi kelaziman buat kami. Memandangkan ianya merangkumi beberapa segmen yang telah di jadualkan mengikut perancangan”, ujarnya lagi.
“Mungkin ramai yang pernah dengar nama Nadamurni, kami dahulunya pernah membarisi Nadamurni tetapi atas beberapa faktor, kami tampil dengan Hijjaz”, tambahnya lagi.
![]() |
“Hijjaz akan memulakan latihan untuk konsert tersebut bermula 25 dan 26 Oktober ini".. En Faizal (Hijjaz) Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Idea untuk menganjurkan konsert tercetus selepas pihaknya membentangkan cadangan untuk memohon Dana Muzik Malaysia daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
“Alhamdulillah, permohonan kami untuk mendapatkan Dana Muzik Malaysia yang dulu disebut Dana Kandungan Digital diluluskan manakala dari segi lokasi, mendapat tajaan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)".
![]() |
Kumpulan Hijjaz, Raihan dan Rabbani ketika membuat persembahan di Karnival Gema Insan 2022. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Sementara itu, Karnival Gema Insan 2022 yang di adakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam mulai jam 6 petang hingga 12 tengah malam itu turut menampilkan pendakwah selebriti iaitu Ustaz Haslin Bollywood, Dr Izhar Ariff dan PU Hafiz.
Program anjuran EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor itu juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk forum perdana serta pertandingan qasidah dan nasyid.
Kumpulan nasyid Raihan, Hijjaz dan Rabbani turut menghiburkan orang ramai di Selangor Gema Insan 2022 pada yang telah berlangsung pada 14 dan 15 Oktober lalu. Lebih 2000 penonton yang terdiri daripada pelajar tahfiz dan orang ramai telah hadir dalam program tersebut.
Turut menjayakan program ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) dan Majlis Sukan Negeri Selangor.
Comments
Post a Comment