KPDNHEP SELANGOR DEKATI PENIAGA DAN PENGGUNA TINJAU PEMATUHAN DAN REAKSI PELAKSANAAN HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

Mohd Zuhairi bin Mat Radey (Pengarah KPDNHEP Selangor) memberi penerangan kepada seorang pelanggan tentang salah satu barangan dibawah harga kawalan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Kelana Jaya.

Oleh: Norazni.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dengan kapasiti 260 Penguat Kuasa meliputi Pejabat Negeri Shah Alam, Cawangan Petaling Jaya, Gombak, Kajang, Sepang, Kuala Kubu Bharu dan Kuala Selangor serta 67 Pegawai Pemantau Harga (PPH) komited menyelia pematuhan peniaga di Selangor menjual barangan harga terkawal di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali (DV) 2022 yang mula berkuatkuasa pada 20 Oktober sehingga 26 Oktober 2022 ( 7 hari berkuatkuasa).

Sehubungan itu, hari ini satu pemeriksaan dan tinjauan pematuhan SHMMP DV 2022 dilakukan bertempat di Pasaraya Lotus, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Tujuan pemeriksaan adalah untuk membuat tinjauan tahap kesediaan dan kerjasama pematuhan peniaga di bawah penguatkuasaan Skim ini. KPDNHEP Selangor juga, berpeluang mendekati peniaga dan wujudkan libat urus serta advokasi bersama peniaga. Libat urus dan advokasi ini dapat membantu peniaga memahami dan mematuhi penguatkuasaan Skim serta perundangan yang dikuatkuasakan. Pada masa yang sama, KPDNHEP 2 Selangor dapat mendengar reaksi balas pengguna secara real-time berhubung pelaksanaan Skim ini serta advokasi kepenggunaan juga dapat dilaksanakan.

Tuan Mohd Zuhairi bin Mat Radey -Pengarah KPDNHEP Selangor (kanan), Tuan Md Zaki Abd Samad-Ketua Sektor (Pencegahan), Seksyen Penguatkuasaan KPDNHEP Sel (kiri) dan Tuan Shahran Mohd Arshad-Ketua Sektor (Operas0 Seksyen Penguatkuasaan KPDNHEP Sel (tengah) juga membuat tinjaun terhadap minyak masak paket 1 kilo. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Pemeriksaan seperti ini akan diadakan lagi sepanjang tempoh pelaksanaan Skim berkuatkuasa untuk membuat semakan secara berterusan terhadap prestasi pematuhan peniaga di peringkat runcit dan borong.

Terdapat 8 jenis barangan harga terkawal telah diwartakan harga maksimumnya di bawah Skim ini iaitu:

i. Daging kambing biri-biri import bertulang

ii. Tomato

iii. Cili merah

iv. Kelapa biji (harga maksimum peringkat borong sahaja)

v. Kelapa parut (harga maksimum peringkat runcit sahaja)

vi. Bawang merah kecil India vii. Bawang merah besar import

viii. Kacang dal (Australia)

Pada masa yang sama, ayam dan telur ayam masih disambung pewartaan sebagai barangan harga terkawal dan masih berkuatkuasa sejak 12 Oktober 2022.

KPDNHEP Selangor meliputi enam (6) lagi cawangan iaitu Petaling Jaya, Gombak, Sepang, Kajang, Kuala Kubu Bharu dan Kuala Selangor terus komited berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasaraya untuk 3 menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di bawah Skim ini. Pemantauan harga terus dipertingkatkan melalui Pegawai Pemantau Harga yang menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas di seluruh Selangor.

Pengguna Selangor disarankan mempraktikkan amalan BIJAK ADU seiring dengan hasrat KPDNHEP Selangor untuk mewujudkan PENGGUNA BIJAK SELANGOR dengan mengemukakan butiran aduan yang lengkap dan spesifik berhubung salah laku peniaga di sekitar Selangor menerusi saluran aduan rasmi berikut:

i. Whatsapp 019-279 4317/019-848 8000

ii. Portal e-aduan.kpdnhe

 iii. Call Centre 1-800-886-800

iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my

v. Ez ADU KPDNHEP

vi. Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor 03 – 5514 4393 5518 1810/ 5512 5485

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan