MAJLIS PELANCARAN JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA SISWA (JMKMSiswa)

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) melancarkan Jualan Murah Keluarga Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin


Bangi
Oleh: Norazni

Sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di 20 universiti awam seluruh negara melalui 13 koperasi dan tujuh (7) pusat keusahawanan universiti bermula 19 Oktober 2022 hingga 18 Disember 2022. Program ini menawarkan insentif diskaun harga barangan sehingga 20% kepada mahasiswa bagi pelbagai barangan keperluan harian pelajar seperti makanan kering, buku, alat tulis, tambah nilai prabayar komunikasi, barangan kegunaan harian dan sebagainya.

Majlis pelancaran JMKMSiswa telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) meninjau barangan keperluan harian yang ada di Program Jualan Murah Keluarga Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin. 


Objektif JMKMSiswa ini adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup di kalangan mahasiswa yang semakin meningkat terutamanya ketika permulaan semester baharu di universiti. Program ini merupakan inisiatif susulan untuk membantu meringankan kos sara hidup mahasiswa hasil keprihatinan kerajaan dan maklumbalas positif orang ramai kepada Porgram Jualan Murah Keluarga Malaysia.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noh Omar turut menzahirkan komitmen KUSKOP untuk terus menerapkan budaya keusahawanan dan berkoperasi dalam kalangan mahasiswa universiti melalui program seperti KUSKOP in Campus. Porgram dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan agensi di bawah KUSKOP seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Institut Keusahawan Negara (INSKEN) dan ANGKASA ini, menawarkan program galakan serta pembudayaan keusahawanan dan koperasi dengan kerjasama Universiti. la adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membangunkan mahasiswa dengan nilai keusahawanan yang berkemahiran dan berdaya saing.

Antara pengisian menarik majlis pelancaran JMKMSiswa adalah jualan murah barangan keperluan Keluarga Malaysia, pameran agensi, gerai jualan oleh pelajar serta jualan food truck. KUSKOP yakin program seumpama ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan mahasiswa selain mewujudkan situasi menangmenang kepada mahasiswa dan pengusaha koperasi dan pusat keusahawanan di universiti awam.

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) menyantuni pelajar-pelajar yang menerima Peranti  Siswa Keluarga Malaysia. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan