“Masih Tour..Flop Poppy” Tampilkan Bunkface dan OAG
![]() |
Flop Poppy dan OAG bergambar selepas sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul
Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni tanah air , nama kumpulan Flop Poppy masih lagi menjadi sebutan ramai meskipun sudah lama hadir dengan album baru, namun lagu-lagunya masih lagi menjadi pilihan peminat. Flop Poppy mula ditubuhkan sekitar tahun 1989, ketika itu mereka memilih untuk bergerak secara underground, pernah terlibat dalam kompilasi A Circle Of Friends yang diterbitkan oleh Asylum.
Records pada tahun 1993, dan mula mencipta nama menerusi lagu Cinta, Aku & Kamu, Masih, Atas Nama Cinta dan Rest of My Life . Band yang di tunjangi oleh Andy selaku vokalis dan gitaris ini turut diperkemaskan lagi dengan kehadiran Mijie - gitaris, Megat – gitaris, Wendy –bassis dan Bakri – drum. Kali terakhir Flop Poppy membuat konsert adalah empat tahun lalu dan kini, Flop Poppy muncul semula dengan konsert terbaharu mereka Flop Poppy Masih...Tour.
Buat kali pertama mereka muncul di PICC pada 6 Ogos lalu. Mereka kemudiannya meneruskan siri jejalah tersebut ke Melaka, dan sepatutnya beraksi di Pulau Pinang namun ianya terpaksa di batalkan kerana beberapa masalah. Menurut Andy, konsert ini dilakukan demi memenuhi permintaan peminat yang mahu mengembalikan nostalgia mereka yang selama ini telah banyak menyokong perjalanan seni Flop Poppy selama 30 tahun menapak dalam industri muzik.
![]() |
Andy (Flop Poppy) memberi kata-kata aluan pada sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
“Ramai peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami. Jadi dengan konsert ini kami harap dapat mengembalikan nostalgia mereka, konsert ini juga diadakan atas permintaan ramai.”ujarnya “Sebenarnya Masih Tour di rancang untuk menjelajah seluruh Malaysia, namun ianya bergantung kepada situasi semasa dan kekangan masa setiap anggota. Ini adalah disebabkan setiap anggota mempunyai karier sendiri serta band sendiri”, tambahnya.
Kali ini Flop Poppy bakal berkongsi pentas bersama OAG dan Bunkface. Masih Tour akan di adakan pada 29 Oktober ini di Dewan Perdana Suria, Ampang Selangor. Konsert akan bermula pada jam 8.30 malam.
![]() |
Kumpulan OAG. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Kumpulan Bunkface. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Peminat yang ingin menyaksikan konsert ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM100 –RM200. Setiap pembelian tiket akan dihadiahkan dihadiahkan sehelai t shirt. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah gitar HILCS Guitar standard series edisi Flop Poppy.
![]() |
Penontan yang bertuah nanti akan menerima sebuah gitar. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Untuk rekod sehingga kini Flop Poppy telah menghasilkan 5 buah album antaranya adalah A Decade Ago (2001), Flop Poppy (2002), Say La V (2004), Cendera Jiwa (2005) dan Rasa (2009).
![]() |
Flop Poppy sudi mendengakan satu lagu untuk para media dan tetamu yang hadir. Foto: Azuddin Ahamad Zin. |
![]() |
Flop Poppy sudi mendengakan satu lagu untuk para media dan tetamu yang hadir. Foto: Azuddin Ahamad Zin. |
Comments
Post a Comment