PENGANJURAN SUKAN TAHFIZ SELANGOR 2022
Oleh: Norazni
Kerajaan Negen melalui Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan program Sukan Tahfiz Selangor-Gema Insan 2022 pada 14 dan 15 Oktober 2022 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Penganjuran program yang julung kali diadakan ini adalah kerjasama dengan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Majlis Belia Tahfiz Malaysia yang melibatkan lebin 3000 orang pelajar tahfiz daripada 403 sekolah yang berdaftar di bawah PITAS di seluruh Negeri Selangor.
Program yang berlangsung selama dua hari ini menyediakan pelbagai acara menarik melibatkan penyertaan pelajar-pelajar tahfiz iaitu Pertandingan Sukan Tahfiz (bola sepak, bola jaring, sepak raga bulatan dan memanah) Pertandingan Pentas (qasidah dan nasyid), Gema Insan Fun Run, Forum Perdana, Qiamulail dan Solat Hajat Perdana, Selangor Bermunajat dan Konsert Nasyid Gema Insan yang menampilkan kumpulan nasyid tersohor tanah air iaitu Hijjaz, Rabbani dan Raihan.
Sebanyak RM22,900 wang hadiah keseluruhan pertandingan qasidah, nasyid dan acara sukan sepanjang program ini berlangsung menjadi rebutan para peserta program. Kerajaan Negeri juga turut memberikan penghargaan dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada PITAS.
Diharapkan perlaksanaan program ini dapat meningkatkan kapasiti diri para belia tahfiz melalui penglibatan aktif dalam sukan, mengasah bakat, kreativiti dan kemahiran para belia tahfiz, melahirkan lebih ramai potensi baharu yang mampu mengharumkan nama Selangor kelak, memastikan semua golongan termasuk belia tahfiz tidak ketinggalan dalam pembangunan sukan dan juga sosial dan merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan para belia tahfiz.
Comments
Post a Comment