Search Bakal Adakan konsert Di Pulau Pinang dan Johor

Denden Gonjalez (penyanyi), Kid (gitar), Yan (bass, Noordin (gitar) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan Firdaus bakal meluaskan empayarnya ke Pulau Pinang dan Johor. Foto: Azuddin Ahmad Zin..

Kuala Lumpur

Oleh: Nazrul.

Setelah menemui kejayaan mengadakan konsert di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu, Search yang dianggotai oleh Denden Gonjalez (penyanyi), Kid (gitar), Yan (bass, Noordin (gitar) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan Firdaus bakal meluaskan empayarnya ke Pulau Pinang dan Johor.

Kali ini mereka tampil dengan jenama “Search: Live in Concert - RockinArena 2022”. Konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Penang Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang pada 24 Disember depan dan pusat beli-belah AEON Mall, Bandar Dato Onn, Johor Bahru (JB) pada 28 Januari tahun depan pastinya menjanjikan kelainan seperti mana konsert di rooftop sebelum ini.

Noordin dan Search ketika ditemui pada Sidang Media Search: Live in Concert - RockinArena 2022 yang diadakan di Hotel Campbell, turut mengakui meskipun bahang konsert sebelum ini seakan sudah sejuk. Namun itu bukanlah faktor utama untuk menoktahkan konsert seterusnya.


“Ya, jarak antara konsert RockinOn Rooftop dengan yang akan datang ini dalam enam bulan. Bukan apa, selepas konsert itu kami berehat tiga bulan sebab nak buat perancangan untuk konsert seterusnya ambil dan ianya turut ambil masa, di tambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini”, ujar Noordin yang juga gitaris kumpulan Search.

“Faktor lokasi juga memainkan peranan penting, memang kalau boleh selepas konsert Rockin' On Rooftop kami merancang nak adakan di tempat terbuka. Ada terfikir juga di tempat lain tapi bukan outdoor atau atas bumbung”, tambahnya. “Disebabkan faktor cuaca juga perancangan mengadakan konsert di Sabah yang dijadual pada November ini terpaksa ditunda”, jelasnya. Search bukan saja menerima tawaran mengadakan konsert didalam negara, tetapi juga diluar negara.

“ Namun, kami mengambil sikap sangat berhati-hati dalam memilih untuk bersetuju. Perkara paling penting ialah Konsert RockinOn Roof top di Kompleks Campbell itu kami jadikan sebagai penanda aras untuk konsert seterusnya baik dari segi tempat, tarikh dan masa.

“ Selain itu, spesifikasi peralatan muzik dan sistem bunyi juga mesti mempunyai kualiti yang Sama atau lebh baik lagi. Pihak kami amat menitik beratkan piawaian ini selaras dengan nama Besar Search yang cukup berpengaruh selama empat dekad dalam genre rock tanahair.

“Ini bermaksud apabila peminat menonton persembahan Search, mereka akan menikmati standard Search itu sendiri dari segi kualiti bunyi dan penataan cahaya di kendalikan jurutera Search yang cukup berpengalaman,” katanya.


Harga tiket untuk dua lokasi tersebut ialah RM268 dan RM148 dan ianya dijangka akan mula dijual minggu hadapan. Pembelian dibuat secara dalam talian dan secara fizikal di kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Wak Dan Lebih Selesa Bergerak Solo

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA