Studio Kembara Jalin Kerjasama Dengan MMU, Blockworq dan Tarbiah Sentap
![]() |
Foto berkumpulan selepas majlis menandatangani perjanjian bersama. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Bangi
Oleh: Nazrul.
Nama Studio Kembara Sdn Bhd, mungkin agak asing bagi sebahagian besar daripada kita, namun namanya mula melonjak setelah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia dengan kutipan mencecah lebih RM100 juta dan juga menjadi filem popular di Netflix.
Baru-baru ini telah berlangsung sesi menandatangani (MOU) di antara Studio Kembara, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Multimedia University (MMU) dan juga Tarbiah Sentap di dalam usaha mereka untuk mempelbagaikan lagi kandungan-kandungan hiburan yang bermanfaat.
![]() |
Majlis menandatangani perjanjian bersama diantara Studio Kembara dan MMU. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Majlis menandatangani perjanjian bersama diantara Studio Kembara dan TarbiahSentap. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
“Antara lain kerjasama ini di laksanakan adalah untuk mempelbagaikan elemen kerohanian dalam membentuk sahsiah jati diri terutamanya dengan MMU, kami lebih menitik beratkan elemen persilatan. Dimana kami berharap dapat terus memperkasakan seni silat serta menjamin identiti silat itu sendiri”, ujar Haji Abdul Rahman Mat Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara.
“Manakala dengan Tarbiah Sentap kita lebih memfokuskan hiburan yang bercorak keagamaan khususnya nyanyian bergenrekan nasyid. Kami bercadang agar lagu-lagu nasyid menjadi runut bunyi kepada filem-filem yang dihasilkan”, tambahnya ketika di temui semasa sidang media yang telah di adakan di Hotel Tanera Bangi baru-baru ini.
“Untuk UiTM pula kami masih lagi merancang bagaimana untuk memperkembangkan elemen sinematik bersesuaian dengan halatuju industri itu sendiri “, ujarnya.
![]() |
Haji Abdul Rahman Mat Dali (Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara) ketika memberikan ucapan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Buat masa ini, mereka masih di peringkat awal perancangan dengan projek-projek baharu akan diumumkan dari semasa ke semasa. Menjawab jika projek seterusnya oleh mereka hanya akan melibatkan tiga pihak ini sahaja, Studio Kembara mengatakan yang mereka sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja.
Studio Kembara juga telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa produksi di Turki demi memperkenalkan lagi jenama Malaysia ke persada antarabangsa. Reaksi positif daripada jalinan ini pastinya lebih memfokuskan kepada hiburan yang sarat dengan ilmiah.
Comments
Post a Comment