Gigi Memang Nakal

Keletah dan aksi Gigi yang sentiasa menghiburkan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. 

Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Selepas 14 tahun, kumpulan legenda dari Indonesia itu kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert yang telah berlangsung di Zepp KL pada 5 November lalu.  Lebih 2000 peminat setia Gigi telah membanjiri lokasi persembahan yang cukup eksklusif itu.

Konsert Gigi: Nakal Di Kuala Lumpur anjuran Tanjak Adventure & Tour dengan kerjasama Yolo Malaysia berdurasi selama 2 jam itu ternyata cukup ‘nakal’ dengan kaletah dan aksi Gigi yang sentiasa menghiburkan peminatnya meskipun vokalisnya Armand Maulana berada dalam situasi yang kurang sihat.

Tepat jam 8,30 malam Gigi dianggotai oleh Armand selaku vokalis, Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram)  mula berada di atas pentas  dan pastinya empat figura ini pasti dirindui ‘GigiKita’.

Armand selaku vokalis, Foto: Azuddin Ahmad Zin.


Tanpa banyak bicara mereka memanskan pentas dengan 4 seleksi lagu iaitu oooo..oooo..ooo, Terbang, Ku cari Yang Kau Mau dan Damainya Cinta.

“Terima kasih buat anda semua yang sudi datang, kali terakhir Gigi konser di Kuala Lumpur pada tahun 2008.  Kini kami kembali kerana anda semua, terima kasih sekali lagi” sapa Armand.

“Saya juga ingin memohon maaf kerna kesihatan saya yang kurang enak, inshaAllah saya akan berikan yang terbaik buat anda semua”, tambahnya.

“Terima kasih buat anda semua yang sudi datang"...ujar Armand. Foto: Azuddin Ahmadz Zin.

Lagu Bisa Saja yang disampaikan oleh Hendy selaku pemain dram ternyata cukup menyentuh hati peminat. Usai nyanyian Hendy maka berkumandanglah lagu My Facebook dan Andai.  Penampilan istimewa Kikan daripada band Cokelat ternyata satu kejutan.  Beliau berkolaborasi dengan Gigi menerusi lagu Sedikit Saja. 

Mungkin ramai yang tidak menyedari mengapa terdapat 2 set drum di letakkan di atas pentas, inilah kelebihan Gigi dimana mereka terlalu menitik beratkan kualiti persembahan dan juga sistem bunyi yang di tampilkan.

Menerusi segmen akustik ini Hendy menghidupkan suasana dengan tampil di dram kedua yang mana soundnya lebih santai.  Tampil dengan lagu Cinta Terakhir, Dimanakah/Kembalilah/Perihal (Medley), Bumi Meringis dan Melayang.

Armand selaku vokalis, Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Meskipun berada di atas pentas Armand tidak henti-henti memuji kebesaran Allah jadi tidak hairanlah mengapa mereka juga pernah tampil dengan album yang berkonsepkan relegi.  Buktinya menerusi segmen ini mereka telah mempersembahkan lagu-lagu seperti Ada Anak/ Lailatul/Amnesia (Medley), Akhirnya, Setia Bersama, Pintu Sorga dan Perdamaian.

“Kami memohon maaf andai ada kecacatan dalam persembahan kami, saya rela di marah di platform media sosial kerana masalah vokal saya pada malam hari ini.  Kami tahu anda bayar tiket mahal tapi semuanya berlaku atas kemahuannya”, ujar Armand lagi.

“Kami memohon maaf andai ada kecacatan dalam persembahan kami, saya rela di marah di platform media sosial kerana masalah vokal saya pada malam hari ini". Armand. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Gigi menutup tirai persembahan dengan seleksi lagu-lagu seperti Jomblo, 11 Januari, Ya..ya..ya.. dan Nakal. Terdahulu, kali terakhir kumpulan yang ditubuhkan sejak 1994 itu beraksi di Malaysia menerusi Konsert Eksklusif Bersama Gigi di Menara PGRM pada 2003. Gigi kemudiannya muncul di Sunburst KL International Music Festival berkongsi pentas bersama kumpulan antarabangsa, Incubus dan penyanyi, John Legend pada 2008.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan