Keintiman Noah Buat Peminat Puas
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul.
Kali terakhir Noah mengadakan konsert di Malaysia ialah pada tahun 2017, namun ianya bukanlahpenghalang buat peminat mahupun ‘Sahabat Noah’ menidakan kedatangan mereka kali ini. Buktinya lebih 2500 peminat telah memenuhi setiap ruang di Zepp Kuala Lumpur pada 12 November lalu.
Konsert anjuran ‘YOLO Malaysia – NOAH Live In KL’ itu cukup rencah dan rasa yang menjanjikan seribu nostalgia buat peminat Noah, apatah lagi band yang dibarisi oleh Ariel atau Nazril Irham selaku vokalis, Lukman Hakim atau Lukman, gitaris dan pemain keyboard, David Kurnia Albert Dorfel atau mesra dengan panggilan David berada terlalu dekat di hati peminat mereka.
Limpahan cahaya lampu yang sudah cukup pesonanya seakan memberi energi buat peminat yang sudah mula memenuhi ruang apatah lagi ketika Noah tampil menyampaikan 3 buah lagu iaitu Separuh Aku, Langit Tak Mendengar dan Kisah Cintaku sudah pasti mengundang vokal daripada peminat yang seakan histeria.
“Hello Selamat Malam semuanya, siapa yang cantik-cantik di sana, di bawah sini mahupun di mana- mana. Ayuh kita bernyanyi bersama, kami berasa cukup gembira dapat bertemu anda semua dan bermain disini”, sapa Ariel.
Meskipun suara Ariel mengalami masalah namun sedikitpun tidak mencacatkan penyampaikan ketika beliau bernyanyi. Kali ini Noah tampil dengan lagu Menunggumu sambil Ariel bermain gitar dan Di Balik Awan.
“Second Chance adalah merupakan sebuah kompilasi yang menghimpunkan 40 buah lagu yang diambil daripada album Peterpan, album ini telah di riliskan pada tahun lepas. Terimalah lagu Di Atas Normal”, ujar nya.
Noah terus beraksi dengan lagu Yang Terdalam, Menghapus Jejakmu, Ku Katakan Dengan Indah, Bintang Di Syurga, Ada Apa Dengan Mu, Wanitaku dan Khayalan Tingkat Tinggi. Setiap lagu yang dipersembahkan, setiap melodi yang di mainkan ternyata menjadi ‘nyanyian bersama’ para peminat setia Noah. Setiap lontaran memenuhi atmosfera Zepp Kuala Lumpur.
Cobalah, Topeng, Mungkin Nanti dan Walau Habis Terang masih lagi terus menghipnopsis fanatika Noah yang nyata merindui kumpulan yang sarat dengan roh Peterpan selain melodi dan genre yang di anuti Noah cukup intim dengan peminatnya.
Konsert Noah juga dihidupkan dengan mainan lampu yang tersusun yang menyerlah pada setiap sudut , video latar yang penuh warna warni , mainan bunga api pada beberapa buah lagu sudah cukup memberikan persona buat konsert ini .
Secara keseluruhan ia adalah persembahan yang energetik , peminat atau lebih digelar sahabatNoah jelas tidak kaku dan terus memberikan sokongan padu yang nyata dengan nyanyian bersama- sama yang tiada henti.
Comments
Post a Comment