Khairil Aslan tawan Banjaran Paru Paru Dunia, Indonesia
![]() |
Khairil Aslan (kiri) dan Mohd Amierul Abdullah (kanan) bersama bendera negeri Selangor dan bendera MBPJ yang dibawa ketika pendakian. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Sepang.
Oleh: Nazrul.
Berpegang teguh dengan tema 'From Summit To Sea 2022' dan turut disertai rakannya, Mohd Amierul Abdullah. Mereka telah berjaya menawan tiga puncak gunung dalam ekspedisi Banjaran Paru Paru, Indonesia pada Rabu lalu.
Misi pendakian menawan Gunung Loser setinggi 3,404 meter yang
juga puncak tertinggi di Banjaran Paru Paru Dunia, Indonesia kali ini lebih
istimewa walaupun mereka pernah
menjayakan misi sama sebanyak dua kali sebelum ini.
“ Alhamdullilah segalanya dipermudahkan, misi selama 25 hari
telah kami laksanakan meskipun terpaksa menempuh pelbagai halangan termasuk
cuaca yang tidak menentu. Sehingga hari
ini beberapa jari kaki saya mengalami gangreen,
namun saya percaya ianya akan sembuh”, ujarnya kepada media sejurus tiba di
KLIA 2 pada 6 November lalu.
“Ini merupakan pendakian ke 4 saya ke Paru Paru Dunia,
walaupun sudah beberapa kali menawan puncak tersebut namun kali ini ianya cukup
mencabar mental dan fizikal”, tambahnya.
Khairil
Aslan turut menjelaskan bahawa, Banjaran Paru Paru Dunia adalah hutan hujan
tropika yang terbesar di Asia dianggarkan berkeluasan 4.5 juta hektar dan turut
digelar sebagai negeri seribu gunung (mempunyai ribuan gunung) dan serpihan
dari syurga.
“Lebih membanggakan apabila kami merupakan pendaki pertama
daripada Asia Tenggara yang melakukan pendakian yang berbeza iaitu melalui Aceh
Tengah dan akan merintis laluan baharu untuk turun dari puncak terakhir iaitu
puncak Gunung Leuser ke kawasan laut iaitu ke Aceh Barat Daya”, ujarnya.
![]() |
Khairil Aslan (kiri) dan Mohd Amierul Abdullah (kanan) menerima jambangan bunga daripada Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Puan TPr Hajah Sharipah Marhaini Syed Ali. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Tiga
puncak gunung yang ditawan pendaki itu adalah puncak Tanpa Nama (ketinggian
3,455 meter), puncak Loser (3,404 meter) dan puncak Lauser (3,119 meter).
Katanya,
puncak tertinggi di Banjaran Paru Paru Dunia adalah puncak Tanpa Nama
ketinggian 3,455 meter, Gunung Loser setinggi 3,404 meter serta Gunung Leuser
setinggi 3,119 meter dan ia terletak dalam kawasan Taman Nasional Leuser.
Misi
pendakian kali ini turut mendapat tajaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
“Tahniah
buat 2 pendaki yang berjaya menempa nama sebagai pendaki pertama Asia Tenggara
yang berjaya menawan Paru Paru
Dunia. Sebenarnya sumbangan yang pihak
MBPJ berikan hanyalah sedikit sahaja namun ianya sungguh bermakna kerana ianya
cukup bermanfaat buat kedua pendaki kita”, ujar Puan TPr Hajah Sharipah
Marhaini Syed Ali selaku Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Sebenarnya
MBPJ inginkan satu penanda aras yang tinggi, khususnya membawa jenama MBPJ ke
mata dunia walaupun ianya adalah sebuah bandar yang kecil tetapi mengimpikan
taraf bandaraya yang mampan dan pintar”, tambahnya
Beliau turut menjelaskan, ianya bukanlah
sesuatu yang sukar seandainya semua masyarakat Petaling Jaya bersama-sama
mengembeling tenaga, khususnya golongan belia agar mempunyai jati diri yang kuat
serta menghargai alam sekitar.
Untuk
rekod, ekspedisi pertama Khairil Aslan melakukan pendakian ke Banjaran Paru
Paru Dunia selama 25 hari iaitu mendaki melalui Barat Daya hingga ke Selatan
Banjaran Paru Paru Dunia pada 2015 dan yang kedua pada 2017.
![]() |
Khairil Aslan dan Mohd Amierul Abdullah bergambar ahli keluarga masing-masing. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Comments
Post a Comment