Lah Ahmad bakal adakan konsert Januari 2023
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul.
Setelah lebih 25 tahun berada di persada seni hiburan
tempatan, Abdullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lah Ahmad bakal mengadakan
konsert pada tahun depan.
Konsert “25 Years Lah Ahmad Live In Concert” adalah
merupakan kesinambungan kepada showcase pertamanya yang telah di adakan pada
tahun 2018. Bertitik tolak daripada
sambutan menggalakkan daripada itu, maka lahirlah “25 Years lah Ahmad Live In
Concert”.
Pelantun lagu “Salam” ini pernah tampil dengan 3 buah album
iaitu Jalan Untuk Kembali (2014), Sempurna & Terbaik (2016) dan Selamat
Datang Cinta (2020). Lah Ahmad juga
bakal melancarkan album ke 4 nya yang berjudul ‘Jatuh’ sewaktu konsert itu
nanti.
“25 Years Lah Ahmad
Live In Concert” bakal berlangsung di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama pada 28
Januari 2023. Beliau bakal mendendangkan
20 buah lagu dalam konsert itu nanti.
Lah Ahmad akan turut di temani Syawal Hussin selaku pengarah
muzik, Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard)
dan Ude Sitar (Programmer). Mereka ini bakal mewarnai sepanjang malam 25 Years
Lah Ahmad Live In Concert.
Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert tersebut telah dijual bermula 2 November lalu. Peminat boleh mendapatkan tiket 3 kategori tiket iaitu Sempurna & Terbaik – RM330 (Meet & Greet + Jatuh Album) Ayu – RM190 dan Adinda– RM120. Pembelian secara online menerusi onetix.com.my
Comments
Post a Comment