Muar Metal Fest Edisi Ke 5 Janjikan Kelainan

“Kami berasa cukup teruja dan terharu apabila dapat beraksi kembali di hadapan peminat muzik keras "...Infectious Maggots.
Johor.

Oleh: Nazrul.

Pesta muzik yang lebih sinonim dengan jenama “Muar Metal Fest” kini sudah memasuki edisi ke 5. Kesinambungan yang berevolusi ini adalah hasil kerjasama jitu di kalangan peminat muzik berat Muar yang ingin dikenali sebagai Muar Metal Maniac.

Penganjuran yang bermula secara individu oleh Buang Kempetai pada tahun 2013 itu sedikit demi sedikit mencipta empayar tersendiri, apatah lagi saban tahun mendapat reaksi positif di kalangan peminat muzik berat tempatan mahupun negara. Sokongan dan dokongan akhirnya menjadi sebuah komuniti setempat.

 “Kali terakhir kami menganjurkan pesta muda mudi ini ialah pada tahun 2017, di mana ketika itu Brain Dead telah di undang sebagai headliner di samping beberapa kumpulan lain”, ujar Buang Kempetai selaku penganjur.

“Penganjuran Muar Metal Fest yang di jadualkan pada tahun 2018 terpaksa dihentikan seketika atas desakkan kerja serta komitmen lain yang harus kami dahulukan, di samping pandemik Covid 19 yang juga turut merencatkan penganjuran yang sepatutnya berlaku pada tahun berikutnya”, tambahnya.

“Tahun ini kami telah mencapai kata putus untuk menyambung kembali perjuangan yang terhenti, walau apa pun yang terjadi. Alhamdulillah setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan maka apa yang dirancang tetap di teruskan”.


Meskipun pencetus idea kewujudan MMF berada jauh di negeri Sabah, ianya sedikit pun tidak memberi impak kepada penganjuran kali ini, malah ianya telah diteruskan oleh komuniti Muar Metal Maniac.

 Dewan Persatuan India Muar tetap menjadi lokasi penganjuran, kerana ianya mempunyai sentimental value di kalangan peminat serta komuniti yang sudah cukup sebati dengan iklim serta suasana sekitar sejak ianya di perkenalkan pada tahun 2013.

Muar Metal Fest kali ini ‘memperjudikan’ band Infectious Maggots dan Tandus sebagai pemusnah pentas serta Saka, Unveiled, Sickness, Disrotten, Obscurial, Miseri Silentium dan Rythmask yang bertindak sebagai pahlawan.

“Kami berasa cukup teruja dan terharu apabila dapat beraksi kembali di hadapan peminat muzik keras yang sentiasa dahagakan persembahan daripada kami”, ujar Lan Bear selaku bassis Infectious Maggots.

Infectious Maggots.

 “Sebelum ini kami pernah beraksi di KL Metal Camp yang telah di adakan ketika musim pandemik dahulu, walaupun ianya di adakan di lokasi yang dilengkapi sistem bunyi yang best tapi kami beraksi tanpa penonton. Metal ni kena ada penoton kat depan baru feel”, ujarnya.

“Untuk MMF ni InshaAllah kami akan ‘all out’, dema tunggu ajer iya. Lebih menggerunkan kami akan mempersembahkan 10 buah lagu dimana 5 buah antaranya adalah merupakan lagu terbaru yang bakal di rakamkan tidak lama lagi”, tambahnya.

Berbeza pula dengan Tandus yang kini bergerak secara trio, jika sebelum ini umum mengetahui bahawa band yang berpaksikan genre thrash ini tampil dengan 5 orang anggota yang saling melengkapi.

“Hidup perlu diteruskan begitu juga dengan perjuangan bermain muzik, meskipun bertiga panji-panji Tandus tidak pernah gugur malah ianya akan sentiasa di jaga dengan sempurna”, ujar Nasrulhadi selaku bassis dan vokalis Tandus.

Tandus.

“Keterujaan untuk beraksi di Muar umpama menanti penganjur belanja mee bandung. Kami cuba berikan yang terbaik buat semua yang hadir nanti. 7 buah lagu telah kami sandarkan untuk di hamburkan sewaktu gig itu nanti”, tambahnya dalam nada berjenaka.

Bukan sekadar berhibur, peminat yang hadir juga turut berpeluang untuk berlibur menerusi program santai BMX yang akan di adakan di Dataran Tanjung Emas bermula jam 8.00 pagi. Inilah kelainan yang bakal di terapkan menerusi Muar Metal Fest kali ini.

Peminat yang ingin menyaksikan gig ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM40. Tiket boleh dibeli di Dewan Persatuan India Muar pada 26 November ini.






Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan