Raisa Ajak Peminat Mengimbau Nostalgia Menerusi Konsertnya
“Saya ingin membawa peminat bernostalgia dan bernyanyi bersama saya"... Raisa. Foto: Azuddin Ahmad Zin.
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul.
Raisa
Andriana mengajak peminat bersamanya untuk mengimbau nostalgia menerusi
konsertnya. Pelantun lagu ‘Mantan
Terindah’ yang cukup popular di Indonesia ini bakal beraksi di konsert sulungnya,
“Raisa Live In Malaysia” yang
dijadualkan akan di adakan pada 20 November ini. Konsert ini akan berlangsung di Zepp, Kuala
Lumpur.
Raisa yang
sudah cukup sebati dengan membawakan lagu-lagu bergenrekan balada, pop dan jazz
turut berjanji akan memberikan persembahan yang berkualiti malah akan
mendendangkan lagu-lagu yang cukup mesra di telinga peminatnya.
“Saya ingin
membawa peminat bernostalgia bersama dan bernyanyi bersama saya, justeru itu
hanya lagu-lagu yang mesra di telinga peminat sahaja bakal saya persembahkan”,
ujanya sewaktu sidang media yang telah di adakan di Sunway Hotel Putra, Kuala
Lumpur baru-baru ini.
“Sehingga
kini lebih 20 buah lagu telah saya pilih untuk dipersembahkan di konsert itu
nanti. Mungkin ada kejutan atau
sebaliknya, jika anda ingin tahu, anda harus datang ke konsert itu”, ujar Raisa
yang turut menggemari nasi kandar.
Raisa memberikan 'mini love' buat peminat. Foto: Azuddin Ahmad Zin.
"Kami bangga dan teruja dengan
menampilkan Raisa iaitu bintang popular di Indonesia, untuk membuat persembahan
buat kali pertama di Kuala Lumpur. Raisa terkenal dalam industri muzik
Indonesia dan karyanya mendapat perhatian ketara di negara kita”, ujar Rohit
Raisa dan Rohit Rampal (Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hitman Solutions). Foto: Azuddin Ahmad Zin.
Selain kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 yang sudah habis dijual pada hari pertama, tiket bagi CAT 1 berharga RM250 dan CAT 2 (RM200) kini cukup laris. Peminat boleh mendapatkan tiket di www.hitmanlive.com.
![]() |
Raisa bergambar bersama penganjur serta rakan strategik. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Comments
Post a Comment