“Aku Terluka” Nabila Razali
Petaling Jaya.
Oleh: Nazrul.
Nama Nabila Razali mula menjadi sebutan setelah memasuki program realiti Akademi Fantasia, setiap perjalanan yang dilalui penyanyi itu tidak semudah yang disangka, penuh liku, namun diharunginya dengan tabah. Malah Nabila Razali tidak lagi menoleh ke belakang dan menganggap bahawa itu adalah sebahagian daripada perjalanan yang harus ditempuhi.
Satu demi satu single dihasilkan demi memastikan bahawa kariernya sebagai anak seni bukanlah angganan semata. Buktinya “Aku Terluka” dihasilkan selepas “Peluang Kedua” dan “Putus”, majlis pelancaran single tersebut telah di adakan di Universal Music Malaysia pada 30 November lalu.
“Aku Terluka” merupakan kolaborasi di antara Amylea Azizan dan MFMF dan masih lagi kekal dengan konsep balada. Muzik video single berkenaan boleh di tonton di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula malam semalam.
Pemilik Nur Nabila Mohd. Razali itu masih lagi menampilkan MK K-Clique sebagai temannya yang sebelum ini pernah berkolaborasi menerusi video lagu Peluang Kedua.
“Aku Terluka” merupakan lagu ketiga terbitan Nabila Razali Entertainment juga merupakan single ketujuh buatnya. Single ini boleh di dengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan Youtube bermula 7 Disember ini.
Comments
Post a Comment