Burgerkill, The Pinholes dan Gerhana Skacinta Antara Band Yang Akan Beraksi Di Nusafest



Kuala Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Pemuzik 3 Negara 1 Lokasi Penyatuan di lihat cukup bertepatan dengan apa yang bakal diterjemahkan menerusi festival muzik yang bakal menghimpunkan pemuzik dan peminat.

Nusa Fest yang bakal berlangsung pada 4 dan 5 Februari 2023 membawakan sebuah festival yang menggabungkan nama besar dalam industri muzik tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Festival yang akan berlangsung di Bandar Malaysia itu bakal menyaksikan gabungan kumpulan terkenal seperti Gerhana Ska Cinta, Bunkface, Jemson (Malaysia), The Pinholes (Singapura) serta Burgerkill (Indonesia) di atas satu pentas, khusus meraikan pencinta muzik.

Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, festival yang tergendala hampir tiga tahun disebabkan pandemik Covid-19 itu akan kembali lebih meriah dengan barisan nama besar dalam industri muzik tiga negara.

“Sudah lama rasanya, ‘angin nusantara’ tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur. Titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan Nusa Fest.

“Festival ini bakal menghimpunkan kumpulan dan penyanyi solo hebat dari tiga negara. Peminat muzik pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini dalam satu festival,” katanya sewaktu sidang media yang di adakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Shirazdeen menjelaskan bahawa penganjuran festival kali ini melibatkan kos mencecah RM4 juta dan pemilihan artis juga dilakukan dengan penuh teliti.

“Bukan mudah hendak anjurkan festival ini dan kita pilih artis yang mampu menarik kehadiran audiens. Setiap genre muzik mempunyai wakil, dari metal sehingga reggae. Saya yakin, penganjuran kali ini lebih bagus berbanding festival terdahulu,” katanya.

“Pengunjung juga akan dapat merasai pengalaman berbeza dengan konsep, produksi dan barisan artis yang ditampilkan. Setiap aspek kita ambil berat dan tidak dilakukan sambil lewa. Saya bagi jaminan penganjuran konsert ini adalah yang terbaik,” ujarnya

Pihak penganjur akan mengumumkan beberapa lagi kumpulan dan artis solo yang akan beraksi dalam festival tersebut menerusi sidang media berikutnya. Antara kumpulan yang turut menjayakan persembahan adalah Budak Nakal Hujung Simpang, Diskoria, Forceparkbois, Jemson, Kunto Aji, Pusakata, Salammusik dan Kelompok Penerbang Roket.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan