Dinamika Eksklusif Search
![]() |
Foto: Cipot Redz |
Oleh: Nazrul.
Cukup Eksklusif apatah lagi ianya beraksi di pentas yang cukup berprestij, Istana Budaya menjadi saksi kehebatan Search yang di barisi oleh Datuk Amy, Nasir, Hillary, Man Keedal serta di bantu oleh Ujang yang menggalas tugas sebagai pemain dram.
Kumpulan yang sudah menakluk persada rock sejak empat dekad lalu itu membuktikan legasi mereka utuh selaku legenda rock tanah air. Buktinya hampir semua tempat duduk di Istana Budaya penuh dengan peminat setia yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada jenama ‘Search’.
Aura ditampilkan pantas menyuntik adrenalin kepada khalayak yang hadir menerusi segmen “Rock On 40” yang berlangsung pada 4 Disember lalu, dengan bermodalkan vokal dan mainan muzik padu sepanjang lebih dua jam beraksi.
![]() |
Foto: Cipot Redz |
Membuka tirai persembahan dengan 3 seleksi lagu iaitu Gelora Cinta, Balada Pemuzik Jalanan dan Pelesit Kota yang sudah cukup menominasi fantasi khalayak. Tanpa banyak bicara lontaran lagu demi lagu di persembahkan tanpa henti. 4 buah lagu di sampaikan secara medley, Setelah Hujan, Meniti Titian Usang, Gadisku dan Kejora.
Keupayaan vokal Amy yang kini berusia 64 tahun terus menggila dengan 22 seleksi lagu termasuk Melayar Bahtera, Nigina, Rozana, Cakap Memang Murah,, Isabella, Fantasia Bulan Madu dan Laila Namamu Teratas diperdengarkan dalam tempoh lebih dua jam tanpa henti.
Kredibiliti Search tidak hanya dipertontonkan dengan menguasai pentas dengan menonjolkan stail, gaya dan persembahan yang penuh karisma itu semata-mata malah aspek teknikal juga menjadi keutamaan buat mereka.
![]() |
Foto: Cipot Redz |
Setiap dendangan bagai mengamit kenangan seawal kemunculan mereka bersama album Cinta Buatan Malaysia pada 1985 sehinggalah album Gothik Malam Edan. Mungkin kekangan masa lantaran mereka tidak membawakan lagu-lagu dari album Katharsis.
Lebih istimewa menerusi konsert kali ini, Search mendendangkan lagu-lagu yang pernah mereka bawakan sewaktu beraksi di Red Rooster Club sebelum bergelar artis rakaman. Mr Crowley (Ozzy Osbourne, Stairway To Heaven (Led Zeppelin) / Profession Off dan Bark At The Moon (Ozzy Osbourne)
Tidak hairanlah mengapa MNSB selaku penganjur memilih Istana Budaya sebagai lokasi apabila setiap perincian baik dari segi bunyi dan penataan cahaya menyerlahkan impak luar biasa terhadap keseluruhan persembahan, apatah lagi memilih Search menerusi segmen “Rock On 40” yang terlebih dahulu menghimpunkan 4 figura hebat iaitu Datuk Awie, Mus, Ella dan Man Keedal yang beraksi pada 2 dan 3 Disember.
![]() |
Foto: Cipot Redz |
Comments
Post a Comment