Gerhana Skacinta Tidak Sabar Beraksi Di Konsert Indie Alliance
![]() |
Gerhana Skacinta. Foto: Subky |
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul.
Popular menerusi lagu Senyuman Ragamu dan Terpesona, Gerhana Skacinta pernah menyepi seketika namun tiada noktah diketemukan, lebih menarik band ini terus kekal bersama Edy J selaku ketua dan pemain gitar, Widy (vokalis pertama), Pedd (vokalis kedua), Bakri (dram), Rejab (trombon), Fairuz (keyboard), Jalut (bass) dan Farin (saksofon).
Terus aktif menyertai pelbagai festival muzik dan pastinya kedatangan tahun baharu 2023 bakal diserikan dengan konsert menggabungkan empat kumpulan indie popular, The Times, Joanna & Co, Subculture dan tidak ketinggalan Gerhana Skacinta.
Pengalamannya pasti berbeza berbanding main gig yang masanya terlalu singkat. Peminat akan dapat kepuasan kerana persembahan setiap band sekitar satu jam dan sudah pasti kami akan membawakan lagu-lagu terbaik yang di ambil daripada album-album kami” ujar Edy J sewaktu di temui di sidang media Nusa Fest yang di adakan di Kuala Lumpur pada 6 Disember.
Edy J Herwan selaku penyanyi dan pemain gitar menjelaskan, mereka bagaimanapun akan melakukan kelainan dari segi gimik untuk konsert ini.
![]() |
"Ketika ini kami sibuk membuat persiapan susun lagu dan cari gimik"...Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
"Ketika ini kami sibuk membuat persiapan susun lagu dan cari gimik yang sesuai untuk waktu konsert itu nanti. Bagi kami Konsert Indie Alliance berbeza dengan show lain. Kami kena ada energi untuk persembahan selama satu jam”, tambahnya.
"Persediaan fizikal dan mental perlu dibuat secukupnya untuk menghiburkan peminat yang datang nanti, apatah lagi pemilihan lagu harus di lakukan sebaik mungkin agar peminat yang datang terhibur dengan persembahan kami,” ujar Widy Hamzah yang juga vokalis Gerhana Skacinta.
“Sehingga hari ini ada beberapa lagu yang telah dipilih malah ada juga lagu yang akan kami sampaikan dalam bentuk medley, yang paling penting ada juga beberapa lagu yang tidak pernah kami persembahkan akan di mainkan untuk konsert itu nanti”, tambah Widy.
![]() |
“Sehingga hari ini ada beberapa lagu yang telah dipilih malah ada juga lagu yang akan kami sampaikan dalam bentuk medley:...Widy. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Gerhana Skacinta juga bakal membuat kejutan sewaktu konsert Indie Alliance anjuran Eraventures Events. Konsert yang bakal berlangsung pada 1 Januari 2023 dan ianya akan di adakan di Zepp Kuala Lumpur.
Untuk rekod Gerhana Skacinta memiliki 4 buah album iaitu Skali Skale (2002), Boss Sounds (2002), The New Authentic (2004) dan This Is Ska (2007).
Comments
Post a Comment