Jubli Perak Padi Reborn Yang Cukup Bermakna

Kredit Foto: Bg Chik


Kuala  Lumpur.

Oleh: Nazrul.

Kali terakhir mereka mengadakan persembahan adalah pada tahun 2018, dimana ketika itu KL Live menjadi saksi kehebatan band yang mampu menghimpunkan ‘Sobat’ Padi.

Padi Reborn terus gemilang mengembalikan nostalgia dengan mengadakan persembahan cukup bertenaga dengan menyampaikan 23 lagu popular mereka di hadapan lebih 2,500 peminat bersempena “Padi Reborn 25 Years yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Disember lalu. 

Tepat jam 8.40 malam, penonton dipertontonkan dengan persembahan visual khas yang menunjukkan perkembangan kerjaya Padi Reborn sejak mereka mula bertapak sebagai Padi pada 1995.

Tanpa banyak bicara, Padi Reborn yang dianggotai oleh Piyu (gitar), Fadly (vokal utama), Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram) memulakan persembahan dengan seleksi lagu- lagu seperti Bayangkanlah, Sang Penghibur dan Ternyata Cinta.

Kredit Foto: Bg Chik

“Salam buat semua, selamat datang buat anda semua, terima kasih kerana masih lagi sudi hadir ke konsert kami apatah lagi ini merupakan ulang tahun ke 25 penubuhan Padi Reborn. Semoga mala mini menjadi sesuatu yang cukup indah buat kita”, sapa Fadly selaku vokalis.

Suasana menjadi lebih gamat ketika mereka menyampaikan lagu berjudul Sesuatu Yang Indah, Menanti Sebuah Jawaban, Ternyata Cinta dan Tempat Terakhir.

“Anda semua luar biasa hebat, mungkin disebabkan hibernasi akibat covid 19 kita tidak dapat bertemu dalam beberapa tahun. Kini kami kembali untuk memberikan sesuatu yang pasti istimewa buat anda semua dan juga ‘Sobat’ Padi”, ujar Piyu selaku gitaris Padi Reborn.

Momentum Padi Reborn terus dihangatkan dengan Mahadewi, Seandainya Bisa Memilih, Semua Tak Sama dan Jangan Datang Malam Ini.

Kredit Foto: Bg Chik

Fadly turut meluahkan rasa terharu apabila Ratu Jazz Malaysia itu terus bersetuju memenuhi undangan untuk berpadu suara dalam segmen khas dalam Konsert 25 Tahun Padi Reborn,  Mereka memilih lagu Kasih Tak Sampai daripada album kumpulan itu, disusuli duet bagi seleksi wajib Sheila iaitu Antara Anyer dan Jakarta serta Warna yang mendapat tepukan gemuruh khalayak.

Mereka juga tidak ketinggalan menyelitkan segmen akustik yang tentu saja memberikan kepuasan tersendiri. Antara lagu yang di persembahkan adalah Kekasihmu, Rapuh, Lain Dunia dan lebih menarik Padi Reborn turut dedikasikan lagu Alasanmu buat anggota Exists yang sudi hadir serta Isabella yang dipopularkan oleh Search.

Peminat seakan kembali bernyawa apabila Padi Reborn mengalunkan lagu-lagu sperti Sahabat Selamanya, Sobat, Hitam dan Begitu Indah yang pasti mengundang vokal yang berharmoni bersama.

Ucapan terima kasih sentiasa di ungkapkan buat semua yang hadir apatah lagi yang menyokong Padi sejak dahulu hingga Padi Reborn di jenamakan kembali. Terdahulu, Qew Communications selaku penganjur mengumumkan RM1 daripada jualan tiket konsert berkenaan akan disalurkan kepada anak-anak asnaf.

Kredit Foto: Bg Chik



Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan