Cinta Agung Zara Zya dan Dato’ Sri Alha Alfa memukau dengan haruman wangian Taj Mahal
Oleh: Ryes Hazmanja
Siapa tidak mengenali Dato’ Sri Alha Alfa dan Zara Zya seorang pengusaha kosmetik terkemuka di negara kita dan pelakon yang mempunyai nama di industri perfileman tanahair. Selain dari menjadi MUA (Make-Up Artist), Dato’ Sri Alha Alfa juga mempunya sisi bakat yang tidak kita ketahui iaitu menyanyi. Pada 28 Disember bertempat di 'The Roomah' Publika, maka terlahirlah 'single duet' pertama Dato' Sri Alha Alfa dan Zara Zya bertajuk “Cinta Agung” yang kini boleh di tonton di platform 'youtube' MV 'Cinta Agung' yang penuh romantika seolah melahirkan masing-masing punya perasaan adakah sesuatu antara mereka? Kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.
Siri
kosmetik 'AA' juga mengembangkan jalur sayapnya menjadi penaja bagi anugerah
'Juara Lagu TV3 ke-38' dan juga menjadi penaja untuk konsert 'Mahalini' yang
akan berlangsung pada Februari 2024. Dato’ Sri Alha Alfa juga akan buat banyak
pengumuman istimewa buat peminat-peminatnya nanti seperti 'Year End Sales' bersama
kita nanti kan dan ikuti platform media sosial Dato’ Sri Alha Alfa.
Baru
ini produk kosmetik 'Alha Alfa' juga baru memenangi 'No 1 Top Beauty & Personal
Care (local brand) di platform TikTok.
Tahniah diucapkan dari kami di Mediator. Tidak lupa juga menjadi produk
kosmetik pertama di ketinggian awan biru kolabrasi bersama 'Air Asia' iaitu
produk 'Lip Matte Gradient Lip Edition' kini boleh di dapati di dalam
penerbangan semua 'Air Asia'. Ini adalah kolabrasi pertama antara 'Alha Alfa' Kosmetik
dengan 'Air Asia'. Juga mendapat pengiktirafan 'Demonstrasi Kosmetik Latitud
Tertinggi dan tercatat di dalam 'Malaysia Book of Record' di atas kejayaan di ketinggian 33 ribu kaki. Bukan mudah anak
muda untuk mencapai pencapaian tertinggi seperti ini, semua nya hasil kerja
keras yang jitu membuat semua mimpi menjadi realiti.
Bersempena
hari kelahiran Dato’ Sri Alha Alfa juga pelancaran perfurme jenama 'Alha Alfa'
juga di lancarkan berkolabrasi bersama Datin Sri Ummie Aida iaitu 'Perfume AA X
Ummie Aida. Ada 3 haruman kesemuanya dan Datin Ummie Aida juga merakam semula
MV lagu nya yang terkenal satu tika dahulu “Salam
Taj Mahal”. Siapa tidak kenal Datin Sri Ummie Aida, Primadona wayang di
negara kita.
Alha
Alfa Kosmetik juga kini mendunia di beberapa buah negara termasuk Singapura, Brunei,
di khabarkan produk 'AA' juga ada peminatnya tersendiri di Indonesia,
berdasarkan mesej terus (DM) yang diterima 'AAC' telah mendapat tempat di hati
pengguna Eropah dan Timur Tengah. Ramai yang memuji kualiti produk 'AAC' dan
pada tahun hadapan tiada aral melintang 'AAC' produk akan membuka cawangan di
Indonesia.
Berbalik
kepada single “Cinta Agung” lagu yang
menyentuh hati ciptaan Yuka Karisma seorang penyanyi dan komposer terkenal
memilih Zara Zya sebagai pasangan berduet dari suka-suka bernyanyi di pusat
'Karaeke' bersama kawan-kawan akhirnya terlahirlah lagu ini. Jika masih ada
yang tidak tahu satu tika dahulu Zara Zya juga pernah merakamkan beberapa buah
lagu bertajuk “Tiada Dendam”, “Hati Yang Rapuh”, “Hentian Ini” dan “Galau”
sudah 8 tahun berlalu tapi sesekali ada juga di putarkan di platform media
elektronik. Kenapa Dato’ Sri Alha Alfa memilih Zara Zya? Kerana talian
persahabatan yang tinggi dan Zara Zya selalu ada bersamanya saat suka dan duka
selalu memberi semangat kepadanya maka ini lah penghargaan buat talian
persahabatan yang telah lama mereka jalin kan. Di samping beliau juga sukakan
cabaran maka dia menyahut cabaran untuk menyanyikan single ini bersama Zara
Zya. Muzik Video “Cinta Agung” juga
menelan belanja 60 ribu ringgit, betapa ia amat berharga kepada Dato’ Sri Alha
Alfa di atas cubaan pertamanya. Mana tau pembukaan 'Anugerah Juara Lagu ke 38'
nanti mungkin Dato' Sri Alha Alfa dan Zara Zya akan menjadi artis pembukaan
dengan lagu terbaru mereka? Bersama kita nanti kan.
Fokus
utama Dato' Sri Alha Alfa adalah mahu memastikan jenama 'AAC' dapat bersaing
seiring dengan jenama-jenama kosmetik antarabangsa yang terlebih dulu bertapak
di negara ini dengan momentum yang ada pada jenama 'AAC' dan keluarga besar
'Alha Alfa Rich Legacy'mempunyai impian meletak kan jenama 'AAC' menjadi nombor
1 di negara ini.
Semoga
produk ini akan senantiasa di kenang dan di ingati dan senantiasa nampak hebat
dan ini lah perancangan masa hadapan Dato Sri Alha Alfa. Semoga bertambah maju
dan maju lagi hingga ke tahap paling tertinggi buat Dato' Sri Alha Alfa.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan.
Comments
Post a Comment