“Death Whisperer” - bisikan maut yang menghantui
Oleh: Zizi Hashim
Berpeluang
menonton filem seram Thai baru-baru ini yang mengisahkan tentang pertemuan
mengerikan oleh sebuah keluarga di perkampungan terpencil Kanchanaburi, dengan
roh syaitan yang merasuk anak perempuan mereka dan menyebabkan kematian
misteri, memaksa enam beradik mengambil langkah esktrim untuk menghentikan
kehadiran roh jahat yang menghantui kampung mereka. Kisah seram ini diadaptasi
dari legenda internet yang menggerunkan kepada kengerian penuh berdarah di
skrin besar.
“Death
Whisperer” dibintangi oleh Nadech Kugimiya (Yak), Mim Rattanawadee Wongthong
(Yam), Denise Jelilcha Kapaun (Yad), Junior Kajbhunditt Jaidee (Yos), Friend
Peerakrit Phacharaboonyakiat (Yod) dan Nina Nutthatcha Padovan (Yee)
bersama-sama dengan Fresh Arisara Wongchalee (Yen) dan Ply Pramer Noiam. Filem
arahan Kui Taweewat Wantha dan Penerbit Eksekutif Pap Narit Yuwaboon, merupakan
pasukan terkenal disebalik filem seram ini yang laku keras di Thailand,
mencatat Box Office dalam masa 3 hari tayangan.
Jom
serang pawagam skrin IMAX bermula 4 Januari 2024 nanti, buat penggemar filem
seram mistik, “Death Whisperer” mengajak penonton sama-sama merungkai misteri
kematian seorang gadis muda selepas mendengar mantera atau bisikan yang
menyeramkan. Setelah bertahun kemudian, sebuah keluarga pula dirasuk melalui
tubuh anak perempuan mereka, Yam. Bersediakah anda untuk mengalami ketakutan
sebenar berdasarkan legenda sebenar? Tangisan yang menghantui di tengah malam,
ketakutan yang sukar digambarkan menjalar ke dalam perjalanan sekeluarga ini.
Entiti
atau hantu di dalam filem ini sangat pandai menipu enam beradik itu sehingga
mereka terpaksa membawa bomoh handalan untuk menundukkan roh jahat. Setiap
proses penaklukan atau rasukan digambarkan dalam suasana mengerikan dan
kemunculan entiti pada setiap babak memberi kejutan dan anda pasti tersentak
dan menjerit. Jalan cerita yang mengelirukan juga membuatkan anda tidak dapat
meramalkan apa yang bakal berlaku selepas setiap adegan. Fotografi dan
kerjasama produksi adalah sangat baik, rekabentuk hantu, bunyi dan kesan khas, pencahayaan
juga dilakukan penuh teliti dan rapi, menjadikan filem ini menakutkan dan
realistik.
Kesimpulannya,
filem seram ini adalah wajib tonton bagi penggemar paranormal. Anda nak lihat
hantu? Bersiap sedialah membeli tiket, anda akan dapat lihat hantu dan pasti
diberi kejutan demi kejutan. Suasana itu akan menghantui apatah lagi dengan
pengalaman menonton dalam IMAX, filem pertama Thai yang ditayangkan di IMAX,
ianya hebat. Sebuah produksi yang dikatakan menyamai Hollywood, dari segi plot,
lakonan, produksi dan atmosfera seram yang diwujudkan.
Menonton
pada skala skrin gergasi, serta sistem bunyi yang seolah-olah realiti
menjadikan pengalaman menonton “Death Whisperer benar-benar gila. Ia
mengelilingi penonton dari setiap arah 360° dengan sistem bunyi 12CH. Bunyi tembakan yang agresif sememangnya
memberi impak kejutan maksima, begitu juga dengan bisikan berulang-ulang yang
realistik dan memberi kesan terpukau yang entusias dan cemerlang. Filem yang
dinanti-nantikan ini menjamin detik-detik yang menyejukkan tulang belakang,
meremangkan bulu roma, menggoncang emosi dan memukau penonton. Menjanjikan
pengalaman visual dan audio luarbiasa yang akan mencabar had keberanian anda,
jangan lupa 4 Januari 2024, saksikan sendiri kengerian dan keseraman di skrin
gergasi.
Comments
Post a Comment