NIDJI BAKAL TEMUI PEMINAT DI MIRI

 


Oleh: Norazni Ismail.

Kuala Lumpur, 09 Januari 2024 - Konsert yang dibawakan oleh  Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaru, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri.

Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2500 peminat dari yang bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah mendapat perhatian dari Nidjiholics dari Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. 


Sesi sidang media virtual bersama NIDJI.



Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan  2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha  mempromosi single terbaru mereka ‘Insta Famous’ yang bakal diterbitkan tidak lama lagi. 


Kumpulan D_VA



Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaru ‘Jerangkung’ pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.


Kumpulan Monosterio.



Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baru mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.


Tarikh dan Masa:

Sabtu, 3 Februari 2024

Pintu dibuka pada jam 5 petang

Konsert bermula pada 8.30 malam

Tempat: Eastwood Valley Golf & Country Club


Tiket: RM520 (rockzone) 2x Meet&Greet tickets

           RM440 (rockzone) 2x Laskar Pelangi tickets

           RM360 (type b) 2x Hapus Aku tickets

           RM300 (type c) 2x Biarlah tickets


Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com . Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan