A.C.A.B & CROMOK MENYATUKAN MUZIK OI! & METAL DALAM ‘CLASH OF THE TITANS’

 


Oleh: Norazni Ismail

PETALING JAYA 15 FEBRUARI 2024- 2024 bakal menyaksikan dua legenda muzik underground bertembung di Kuala Lumpur! Clash of the Titans akan mengambil tempat di Zepp Kuala Lumpur mempertaruhkan Godfathers of Oi!, A.C.A.B dengan gamechanger Thrash Metal, Cromok menyatukan dua aliran muzik berbeza dalam satu show yang pasti diingati semua penggemar irama underground tempatan.

Clash of the Titans anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung 9 Mac 2024, Sabtu di Zepp Kuala Lumpur mulai jam 8 malam. Konsert yang meraikan kedua-dua ikon muzik underground tempatan ini akan menjadi sejarah penting scene muzik tempatan kerana A.C.A.B dan Cromok masing-masing memainkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada diskografi mereka sepanjang bergerak aktif.

 Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B dan juga pencetus idea Clash of the Titans (bersama Karl Cromok) berkata, “Masa showcase Bangun, aku nampak bukan setakat skinheads dan punks hadir, tapi juga peminat muzik lain dan surprisingly, metalheads ada sekali! Jadi kenapa tak gabungkan sekali dua aliran ni dalam show akan datang, kan? Aku ada terjumpa Karl Cromok di Timeless Studio kemudian kongsikan idea ni dekat dia dan lahirlah idea Clash of the Titans. Tapi ni jugak adalah satu simbolik yang walaupun muzik berbeza, kita tetap boleh enjoy bersama. Aku harap konsert ni kita sama-sama pogo dan headbang di Zepp sepuasnya!”




Karl, gitaris Cromok turut berkongsi keterujaan beliau, “Pertama kali Cromok akan collab dengan different music genre Thrash Metal + Street Punk. Something interesting yang tak pernah lagi diadakan. Cromok akan main lagu A.C.A.B. Semestinya A.C.A.B akan main lagu Cromok. Nak tau macam mana agaknya bunyi bila band-band ni trade lagu? Kena datang tengok sendiri! Satu lagi, Cromok akan main lagu yang tak pernah lagi dimainkan secara LIVE. So kalau nak tau lagu apa - ha datanglah ke Clash of the Titans!”



Tiket ROCK ZONE RM230, FREE STANDING RM180 & NORMAL SEATS RM250 dan merchandise rasmi Clash of the Titans seperti t-shirt, lanyard & card dan guitar pick boleh dibeli di www.acabproductions.com. Tiket PREMIUM SEATS dan VIP BOX telah pun habis.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan