Bakat cilik NEO muncul dengan single "OH IBU"

 

Oleh: Norzani Ismail

Kuala Lumpur 07 Februari 2024 - Kredibiliti Penerbit muzik dan Komposer terkenal L.Y. atau

nama sebenar Rozman Shafie dalam menghasilkan lagu tidak perlu disangkal lagi. Malah, deretan

lagu yang dicipta bersama isteri, Baiduri sejak era 1990-an kekal menjadi lagu malar segar malah

masih menjadi siulan dalam kalangan pencinta muzik tanah air.

Tidak hanya dalam penciptaan lagu, L.Y. menerusi syarikat rakamannya L.Y. Music Factory semakin

aktif dalam mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian. Terbaharu, LY mempertaruhkan

bakat penyanyi cilik berusia 12 tahun yang dikenali sebagai NEO menerusi lagu Oh Ibu.

Menurut NEO, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Cinderella itu digubah khas untuk dirinya. "Lagu Oh

Ibu ini adalah hasil karya penulis lagu dan lirik baharu Cinderella. Lagu ini digubah khas untuknya.

Susunan muzik dan rakaman muzik lagu ini dibuat di Indonesia bagi mencipta kelainan. Manakala

rakaman vokal di L.Y. Music Factory, Shah Alam. Lagu ini berkonsepkan rap dan berkisarkan

mengenai pergorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya tanpa batas.

Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar kisah hidup dirinya. "Penulis mengambil masa

untuk mengenali saya dan ibu. Setiap bait lirik lagu ini ditulis agar dapat menyampaikan rasa yang

sebenar mengenai perjuangan seorang ibu dan anak dalam kehidupan seharian. Melodi lagu ini

disesuaikan dengan luahan lirik agar dapat melontar perasaan dan menterjemahkannya melalui

persembahan vokal rap yang beremosi.

Selepas siap lagu dan lirik, susunan muzik dihasilkan tetapi tidak dapat memenuhi kehendak

penerbit iaitu L.Y. Jadi, Bapak Jusak Irwan Sutiono mencadangkan susunan muzik digubah oleh

muzik 'arranger' Indonesia. Di Indonesia susunan muzik ini dua kali diubah oleh LY supaya sesuai

dengan saya dan bentuk muziknya kontemporari mengikut pasaran masa kini. "Vokal dirakam

sebanyak tiga kali di Studio L.Y. Music Factory untuk mendapatkan yang terbaik daripada saya,"

katanya.



Berkongsi lanjut, lagu Oh Ibu tetap memerlukan penghayatan biarpun ia bergenre rap. "Saya suka

berjenaka, tapi tiba-tiba perlu fokus dan serius menyampaikan lagu ini. Sebagai penyanyi baharusaya cuba memberikan nyanyian yang terbaik tetapi masih gementar kerana ini kali pertama kami

bekerjasama”, katanya. NEO berkata, walaupun lagu ini genre rap tetapi ia mempunyai melodi

yang memerlukan penghayatan dan mempunyai nada rendah dan tinggi selain mencipta gaya

nyanyian yang boleh membezakan karektor NEO dengan penyanyi lain.

Berkongsi mengenai video muzik (MV) dan konsep yang diketengahkan, NEO berkata MV

memaparkan kedua ibu bapanya. "MV ini sengaja diperlihatkan begitu kerana lagu ini sebenarnya

untuk mereka. Konsep yang dipaparkan pula adalah kekeluargaan dan emosi. Lirik lagu ini penuh

dengan perasaan, samada dari hati saya dan juga dari hati ibu saya. Ada beberapa klip yang

memaparkan saya dan keluarga dan ada juga yang memaparkan saya seorang diri. "MV ini

dirakam di luar dan juga dalam studio. Proses penggambaran selama tiga hari. Kru yang terbabit

semuanya baik dan saya sempat disapa oleh pengikut media sosial saya sewaktu penggambaran

MV ini.



NEO berharap agar lagu pertamanya berjaya menarik minat masyarakat dan mendapat tempat di

hati pendengar di samping menghayati maksud lagu Oh Ibu. NEO juga berharap agar mendapat

sokongan dan diterima baik oleh peminat muzik tempatan.

Oh Ibu kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX,

Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan

secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan