D’Otai Boyz Kembali Dengan Penjenamaan Semula yang Lebih Segar

 


Oleh: Zizi Hashim.

KUALA LUMPUR 19 FEBRUARI 2024- Terpilih sebagai salah satu band di antara 32 band yang lain, bagi menjayakan Festival Muzik anjuran Atas Angin iaitu Rising Fest All Star Vol. 7 yang berlangsung selama 2 hari berturut-turut merupakan aktiviti seni paling terkini dari D’Otai Boyz. Band yang tertubuh pada awalnya pada tahun 2007 dgn nama The Otai Boyz telah menjenama-semula nama kepada ejaan yang lebih segar tetapi sinonim sebutan yang sama.  Berada di atas satu pentas bersama band-band yang lain seperti Radikal, Sitadewi, Junosuara, Insiden Ruang Legar, Beyond The Misguided dan banyak lagi, memberi satu pengalaman yang tak terlupakan buat band tanah kelahiran Kota Singa ini.

Bertempat di BE KL Cheras, D’Otai Boyz telah mempersembahkan 5 buah lagu iaitu 2 lagu cover dari band senegara mereka, Sweet Charity “Kamelia” dan “Teratai”, 2 lagu lama iaitu “Cek Mek Molek” dan “Suzana” dengan tempo upbeat bernuansa Rock, serta lagu mereka sendiri berjudul “Permataku” dan yang terakhir cover dari Ungu “Seperti Mati Lampu” lagu bergenre Dangdut yang ditransisikan ke genre Rock juga. “Kami teruja dengan showcase ini kerana berkongsi pentas dengan anak-anak muda. Kiranya band kami lah yang paling otai dari segi usia. Kami sangat berterima kasih kepada Atas Angin kerana sudi menjemput kami.” ujar D’Otai Boyz pada petang 17 Februari yang lalu.



Dengan penjenamaan semula yang lebih segar ini, D’Otai Boyz dibarisi oleh kekuatan line-up yang merupakan serpihan dari beberapa band sebelum ini. Antaranya ialah Boy Botak sebagai vokalis, pernah bersama band Alter Ego dan Sapphire. Manakala Nazry sebagai gitaris utama dahulunya menganggotai band Manifest dan Prologue. Salah seorang dari line-up band bernama Dzoul merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Melaka, di posisi gitaris kedua, juga pernah bersama band Manifest, Alter Ego dan Life Petal. Tak kurang hebatnya Khai, si pemain bass yang diimport khas dari band Voz Management dan Flashback Friday. Pemain dram mereka Lee pernah bersama band 7 Pound Veins dan Life Petal, akhir sekali Man selaku kibodis dahulunya bersama Life Petal.

Selesa memilih untuk dikenali dengan nama D’Otai Boyz kerana merasakan lebih konsisten seiring irama Rock Kapak yang dibawakan. Lagu “Permataku” diklasifikasikan sebagai lagu berentak Balada Rockestra, boleh didengar dan hayati di setiap platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, Joxx, KKBox dan Deezer.. Ini secara tak langsung membuktikan bahawa rock kapak melayu masih berbisa dan relevan diminati oleh rockers di Kota Temasek. D’Otai Boyz dikatakan aktif sejak tahun 2010 dengan memenuhi undangan persembahan di majlis perkahwinan serta acara kemasyarakatan di Singapura.



Buat masa ini, D’Otai Boyz lebih memberikan fokus kepada single kedua mereka yang diberi berjudul “Erna Helina” dijadualkan akan terbit pada pertengahan tahun ini. Nama yang dipetik dari nama isteri salah seorang anggota band, lirik ditulis oleh sang empunya nama sendiri. Lagu berentak ala-ala Bossanova berinspirasikan gitaris Santana menampilkan beberapa keunikan tersendiri. “Asalnya versi Slow Rock tapi bila kami bergabung idea, tambah sana sini, terhasil lah rentak Bossanova untuk lebih easy listening.” Ketika diajukan soalan apakah genre sebenar yang D’Otai Boyz perjuangkan, “Boleh dikatakan kami mahu kedengaran versatile kerana improvisasi lebih kepada rock lama dan Progresif Rock.”

Apabila setiap anggota band membawakan pengaruh muzik yang berlainan, maka terhasil lah kombinasi beragam dari kemahiran masing-masing. “Setiap lagu kami sebenarnya sangat mencabar, kerana kami semua ni orang lama, jadi pattern kami buat lagu nak bersaing dengan generasi baru agak susah. Tahap eksperimental muzik kami memang challenging. Ada juga anak-anak muda yang ajak berkolaborasi tetapi kami belum buat pilihan lagi.” Diberitakan sehingga rencana ini ditulis, ada beberapa lagu baru yang telah dicipta menampilkan genre yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Setakat ini D’Otai Boyz hanya menghasilkan single dan belum bersedia menerbitkan album kerana tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi dari segi komitmen penuh.

Oleh kerana kesemua ahli mempunyai beberapa buah band lain, D’Otai Boyz sepakat melabelkan band mereka sebagai Projek Band tetapi lebih serius kerana telah menghasilkan 2 buah single setakat ini. Menerima undangan persembahan yang memberansangkan akhir-akhir ini, mereka mengharapkan dapat bertahan dan menjaga kesihatan masing-masing demi memenuhi undangan tersebut. Meski usia setiap mereka sudah hampir mengjangkau separuh abad, semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan memberi ruang kepada mereka untuk terus maju jaya dalam arena yang diminati.

Sentiasa membawakan lagu-lagu cover Rock 80an dan 90an, D’Otai Boyz menyimpan harapan agar dapat diterima kehadiran mereka di dalam industri seni Singapura dan Malaysia dan kehadiran mereka dapat memberi impak yang positif dalam acuan muzik Rock yang diperjuangkan. Material seperti CD dan merchandise D’Otai Boyz yang lain boleh didapatkan di platform sosial media mereka seperti di Facebook, Instagram dan YouTube Channel. Kita nantikan projek seterusnya dari D’Otai Boyz pada masa akan datang.




Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan