"PEMILIK HATIKU" taruhan HarsonBee

 

Oleh: Norazni Ismail

KUALA LUMPUR 07 Februari 2024 - Nama penyanyi HarsonBee mungkin masih asing dalam

 industri muzik tempatan. Namun, bakat dimilikinya tidak boleh dipandang sepi. Tidak hanya

 menyanyi,

HarsonBee atau nama sebenar Harrison Bryan turut berbakat dalam bidang penciptaan lagu.

HarsonBee yang berasal dari Sandakan, Sabah juga menjadi antara bakat yang dicungkil menerusi

projek Sabah Next Top Composer (SNTC) untuk mencipta lagu dalam bahasa Malaysia. Menerusi

pertandingan yang diadakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan platform YouTube itu,

HarsonBee berjaya mendapat tempat ketiga dengan mempertaruhkan karya ciptaan sepenuhnya

berjudul Cerita Cinta Kita. Tuah buat HarsonBee apabila ujibakatnya berjaya mendapat perhatian dari

komposer ternama L.Y. untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya, L.Y. Music Factory.

Melangkah ke tahun baharu 2024, HarsonBee muncul dengan single berjudul Pemilik Hatiku yang juga

hasil ciptaan sepenuhnya oleh dirinya dan mendapat sentuhan L.Y. sebagai penerbit. HarsonBee

berkata ia sangat gembira lagu pertama dicipta dan digubah sepenuhnya mendapat Penerbit terkenal

L.Y. Ini adalah single pertama saya untuk dipertaruhkan bagi memperkenalkan lagi nama saya dalam

dunia seni”.




"Lagu ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang sedang memujuk teman wanitanya dan pada

masa yang sama cuba untuk membuatnya tersenyum kerana teman wanitanya berasa tidak disayangi

dalam hubungan mereka. "Tajuk Pemilik Hatiku itu membawa makna bahawa dia (kekasih) satu-

satunya yang berada di dalam hati," katanya.

HarsonBee berkata proses menghasilkan lagu Pemilik Hatiku bermula dengan mencari melodi.

"Mencari melodi ini mengambil masa kerana pada masa yang sama saya mendengar lagu-lagu

daripada pelbagai genre. Kemudian saya memilih konsep 'bubblegum pop'. Ia adalah satu cabang

daripada genre pop, yang mana ia mempunyai elemen 'catchy', 'cute' dan juga 'upbeat'.

"Selepas proses itu, saya meneruskan dengan menulis lirik lagu dan penulisan lirik untuk lagu ini

mengambil masa satu hari."Pada mulanya saya hanya bermain-main dalam pembikinan lagu ini, tetapi akhirnya menjadi satu lagu

yang saya boleh katakan 'bulih pigi jauh ni' (boleh pergi jauh). Dari situ, saya mendapat pendapat

daripada pensyarah muzik saya, Chonnel George dan beliau menghantar lagu Pemilik Hatiku ini

sebagai ujibakat kepada L.Y.," katanya.



Menurutnya, susunan muzik adalah sentuhannya sendiri selain semua proses rakaman diterbitkan

semula oleh L.Y. "Saya amat beruntung kerana lagu saya mendapat sentuhan dan dijaga oleh L.Y selaku

penerbit. Lagu ini dirakam sepenuhnya di L.Y. Music Factory, manakala mixing dan mastering di

Indonesia.

Video muzik (MV) lagu ini fokus kepada memperkenalkan dirinya sebagai pendatang baru dan

menterjemahkan liriknya dalam bentuk visual. Konsep yang dipilih adalah 'story telling' dan ringkas

saja. MV ini dibuat secara 'straight forward', ada yang memaparkan HarsonBee sebagai penyanyi dan

juga sebahagiannya adalah drama yang berkisarkan lirik atau maksud lagunya.

HarsonBee berharap lagu ini diterima oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya remaja di zaman

sekarang ini.



Pemilik Hatiku boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26 January 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.






Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan