“KONGSI KERIANGAN, RASAI KEUNIKAN!”, FIESTA RAYA @ THE CURVE, MUTIARA DAMANSARA
Oleh: Norazni Ismail.
Petaling Jaya, 28Februari 2024 - Orang ramai berpeluang ke lokasi alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri menerusi Fiesta Raya @ the Curve yang akan berlangsung bermula 12hb Mac hingga 9hb April 2024 bermula jam 10 am-12 tghmalam di sepanjang bulan Ramadan 1445H ini yang bertempat di the Curve, Mutiara Damansara, Selangor. Fiesta Raya @ the Curve merupakan cetusan dan ilham bersama antara ANS Diversified Sdn Bhd,
Team360, dan NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. Jurucakap ANS Diversified Sdn. Bhd., Encik Ahmad Faizal Zulkipli berkata, festival yang julung kali diadakan itu menghimpunkan lebih 50 gerai barangan kelengkapan hari raya dan juadah makanan selain dimeriahkan dengan acara sampingan seperti the Curve Berselawat, Iftar Amal bersama rumahrumah kebajikan dan anak-anak yatim terpilih, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah apabila pengunjung berbelanja minima RM150 dari gerai-gerai jualan Fiesta Raya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Duit Raya sehingga RM1,500 menerusi Pertandingan Selfie dan Menang.
Selaku penganjur bersama NiyatEnson Empire Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Dr. Fitri Haris, beliau berkata, sepanjang fiesta berlangsung, para pengunjung akan dapat merasai pengalaman Ramadan Raya bersama para pempengaruh terkenal tanah air seperti Tajul dan Isteri, Hajar LK, Farah Khira serta barisan artis-artis yang akan menghiburkan dan memberi pengisian jiwa seperti Kumpulan nasyid UNIC, Nizam Laksamana, Rabithah, I|khwan Fatanna dan ramai lagi.
Terdapat 35 gerai barangan kelengkapan hari raya dan 15 gerai makanan ditawarkan dengan pelbagai hidangan juadah berbuka puasa sepanjang tempoh festival berlangsung selama 29 hari. Pihak penganjur turut berkata, pihaknya berhasrat menjadikan Fiesta Raya @ the Curve tersebut sebagai acara tahunan di pusat membeli-belah the Curve, Mutiara Damansara.
Dengan sokongan daripada the Curve, Hotel Royale Chulan the Curve, Aplikasi Muslim the Noor, Yayasan Digital Malaysia, Khira dan Starvilion, Fiesta Raya @ the Curve akan memberikan satu pengalaman baharu kepada para pengunjung pusat membeli-belah the Curve, peniaga-peniaga dan juga para penduduk di kawasan Mutiara Damansara.
Comments
Post a Comment