Nostalgia Sungkei Di Desa : Air Tangan Ibu
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 27 Februari 2024 - Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara istimewa untuk Ramadan 2024 akan datang.
Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 13 Mac 2023 hingga 8 April 2023. Bertemakan Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan.
Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka.
Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.
Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi.
Comments
Post a Comment