ROXY IXZY JUARA BINTANG RTM 2024

 


Oleh: Norazni Ismail.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2024 — Penentuan siapakah bakal dijulang juara Bintang RTM 2024 (BRTM 2024) Peringkat Akhir bakal terjawab hari ini.

Juara Bintang  RTM 2024 dimenangi oleh Roxy Ixzy yang memperolehi 87.3% markah membawa pulang RM78,000.00, tropi serta sebuah kereta Proton Iriz mengalahkan lima peserta lain. Tempat kedua jatuh kepada Dhania  81.3% markah membawa pulang RM35,000.00 serta tropi dan tempat ketiga dimiliki oleh Hady Huv 76.6% markah membawa pulang RM20,000.00 seert tropi. Tiga peserta lain menerima saguhati berjumlah RM5,000.00.



Pertandingan yang diadakan di Auditorium Sri Angkasa penuh prestij ini akan menjulang seorang juara yang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM78,000 simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78 pada tahun ini selain sebuah Proton Iriz.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM35,000 dan RM20,000. Tempat keempat hingga keenam akan menerima RM5,000 manakala Bintang Paling Popular pula akan menerima wang tunai RM10,000.

Hadiah-hadiah malam ini ditaja syarikat NesQ Resources Sdn Bhd, DRB Hicom, Royal Chulan Hotels & Resorts dan D&D Beauty House.

Dihoskan oleh pengacara tetap BRTM 2024 Awal Ashaari, pertandingan akhir ini menyaksikan Roxy Ixzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy mempamerkan kehebatan vokal masing-masing untuk diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY, Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.



Kesemua enam peserta bakal mendendangkan lagu pilihan masing-masing iaitu Eyilia Guntabid lagu Stand Up (Cynthia Erivo), Feka — Jeritan Batinku (Tan Sri P.Ramlee), Hady Huv — Ku Dengannya Kau Dengan Dia (Afgan), Roxy Ixzy — A Woman’ Worth (Alicia Keys), Dhania — Ain't Nobody (Chaka Khan) dan Joy ~ Jika Kau Rasa Getarnya (Slam).



Menambah keterujaan, alumni bintang-bintang kelahiran RTM antaranya Ernie Zakri dan Aina Abdul akan turut membuat persembahan selingan selain penyanyi popular Indonesia Anggi Marito. Jangan terlepas menyaksikan pertandingan malam ini yang turut disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 malam menerusi TV2, juga boleh distrim secara dalam talian melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my) untuk menyaksikan siapakah yang bakal dinobat Juara Bintang RTM 2024.




“Bintang RTM bukan hanya pertandingan nyanyian tetapi pentas untuk melahirkan lagenda”.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan