“Syayang, Ku Terus Mencintaimu” - Wanns Ahmad
Oleh: Fenriz Shamudin
KUALA LUMPUR 15 FABRUARI 2024- Pada tahun
2015, nama Wanns Ahmad pernah viral dengan lagu ciptaannya yang memiliki nada
balada romantis yang diberi judul “Terus
Mencintaimu”. Berbekalkan suara lemak merdu, beliau mengumpul sejumlah
besar peminat tersendiri yang mengkagumi bakat anak muda berusia 32 tahun ini.
Sering dilihat aktif pada setiap akaun media sosial beliau, Wanns pro-aktif
melontar teaser demi teaser berkenaan aktiviti terkini beliau
sebagai inisiatif untuk lebih rapat dengan peminat. Satu langkah bijak dalam
mempromosikan lagu-lagu beliau.
Meski
lebih dikenali menerusi bidang lakonan terutama lakonan beliau dalam drama
Jangan Menangis Cinta, Wanns tetap tidak jemu-jemu berkarya dan menulis lagu. Bidang
lakonan dan pengacaraan yang diceburinya adalah lebih kepada mengisi masa
lapang dan mencuba kepelbagaian. Dapat berlakon di sisi pelakon-pelakon hebat
seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Kiah Propa dan ramai lagi, dikutip sebagai
pengalaman berharga. Mahu menjadi versatile dalam mencipta jenama nya sendiri,
Wanns tidak menolak rezeki asalkan masih berada di dalam industri seni yang
dikagumi sejak kecil.
Kini, nama
Wanns Ahmad kembali viral setelah hampir 10 tahun menyepi, muncul dengan pakej
buah tangan terbaru yang segar. Sekali lagi hasil karya ciptaan melodi dan
lirik oleh Wanns sendiri sepenuhnya tetapi melodi yang lebih fun dan catchy. Ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Single
‘Syayangku’ anjuran NSR Music pada petang 6 Februari lalu, bertempat di RedBox,
The Gardens, Wanns Ahmad telah membuat persembahan secara live bagi memperdengarkan lagu terbarunya itu.
Muzik
video rasmi Syayangku telah dilancarkan pada 18 November 2023 yang lalu di
YouTube NSR Malay. Sehingga kini telah merekodkan pencapaian lebih 140,000
jumlah tontonan. Beliau semakin aktif mencipta lagu demi lagu, mengatur
perancangan untuk menghasilkan mini album atau EP dalam masa terdekat. “Sekurang-kurangnya
memuatkan 5 buah lagu. Saya mengharapkan sokongan dan dorongan yang berterusan
dari semua pihak.” Harapan tinggi yang diletakkan oleh pemilik asal bernama Wan
Nur Salam Wan Ahmad ini.
Kecintaan
Wanns dalam dunia seni bermula seawal usia belasan tahun. “Saya suka menulis
ayat-ayat jiwang puisi sastera, dari situ saya buat senikata lagu dan cipta
melodi.” ceritanya penuh bersemangat. Pernah menyertai pertandingan Bintang
Kecil dan program realiti TV, pernah menjadi tukang karut dikir barat dan juga
bergiat dalam seni silat, penglibatan Wanns tidak hanya terhad kepada satu
cabang sahaja. Turut mencuba bakat sebagai pengacara, Wanns mengakui permulaan
yang agak perlahan bagi dirinya.
Menariknya
lagu “Syayangku” turut terpilih menjadi OST bagi drama Surat Dari Tuhan. Sama
senasib dengan lagu “Terus Mencintaimu” yang juga terpilih menjadi OST bagi
drama Lambaian Ramadhan. “Saya bersyukur dan gembira kerana bukan senang untuk
terpilih menjadi OST lagu bagi drama-drama ini, alhamdulillah rezeki
menyebelahi saya.” begitu merendah diri dan tersusun tuturkata Wanns petang
itu. Selain di angkat menjadi Duta Jaxer bagi Student QR atau lebih dikenali
sebagai Lencana Digital Madani, Wanns berasa bangga terpilih untuk bekerjasama
dengan Jaxer.
Peminat
dan pecinta seni hiburan dijemput untuk terus menyokong karier perjalanan
seorang Wanns Ahmad dengan mendengar dan menghayati lagu “Syayangku” di semua
platform muzik digital. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, peminat
boleh mengikut laman social rasmi Wanns Ahmad di Instagram, Facebook dan
TikTok.
Comments
Post a Comment