Filem Korsakoff: Iqram Dinzly Berjaya Buat Penonton Menangis

 


Oleh: RyesHazmanja

Lama tidak muncul di layar kaca TV, Iqram Dinzly membuat comeback dengan membintangi telefilem 'Korsakoff'. Kenapakah kalian patut tonton 'Korsakoff'? Kerana jalan ceritanya yang istimewa. Lebih istimewa penggambaran dibuat sewaktu PKP 2020. Hebatnya lima bintang ini berbekalkan bakat mereka berlima menjadi sebuah cerita yang lain dari yang lain sehingga mampu memenangi Anugerah Cannes World Film Festival (CWFF) sebagai 'Best Psychological Film' dan yang terbaru memenangi World Film Carnival-Singapore (WFCS) ke -33. Tahniah buat pengasas D'Alpha Legacy, Nur Aminatul Marrdiah Md Nor kerana berani mengetengahkan sesuatu yang baru, simple tetapi hebat.

 Berani menampil kan pelakon-pelakon hebat seperti Primadona Filem Malaya 'Erra Fazira' , aktor hebat dalam industri seni tanahair 'Azhan Rani', penampilan khas dan istimewa setelah hampir 8 tahun tidak muncul di layar perak mahupun layar kaca TV di rumah anda 'Iqram Dinzly', juga sekalung tahniah kepada pengacara dan DJ yang berani membawa watak berat sebagai seorang yang mengalami 'amnesia' selepas kemalangan dan tidak lupa juga Diva 'Ning Baizura' semuanya sangat hebat.

Proses pengambaran mengambil masa 15 hari ketika PKP tidak termasuk lakon layar yang mengambil masa lebih kurang 4 bulan.

Menurut Elly Ariffin, ada scene yang sangat berat memerlukan mereka berada di lokasi penggambaran hampir 24 jam. Begitu mereka bersemangat jitu demi memberikan yang terbaik kepada wataknya sebagai 'Jelita'. Sungguh saya tidak menyangka selain dari mengacara dan menjadi penyampai radio, Elly Ariffin juga mempunyai bakat besar di dalam bidang lakonan. Bukan mudah untuk menggalas watak utama yang berat apalagi berkaitan dengan personaliti minda.

Begitu juga dengan primadona Erra Fazira, jarang sekali saya melihat Erra membawa watak antagonis yang agak sedikit 'psiko' hanya di dalam 'Korsakoff' anda dapat melihat sisi lain Erra Fazira. Azhan Rani pula membawa watak sebagai seorang doktor bernama 'Indra'. Semua sudah sedia maklum, kebolehan Azhan membawa watak seorang baik atau jahat. Berilah apa saja watak kepada beliau, semuanya hidup dan tidak menghampakan penonton.

Telefilem 'Psiko Thriller' ni bak kata orang 'slow and steady’ tetapi mampu drive kita untuk berteka-teki seolah filem 'Davincci Code'. Pelakon yang hebat, plot cerita yang dahsyat,  juga pada masa yang tepat. Naskhah yang sangat ilmiah, jangan lepaskan peluang anda menonton telefilem ini di rumah anda.

Pasti anda tertanya-tanya apakah makna penyakit 'Korsakoff' ini, betul? Saya sendiri juga tertanya-tanya apakah jenis penyakit ini. 'Korsakoff' adalah penyakit di mana berhubung- kait dengan mental kita. Sesiapa yang menghidap penyakit ini, mereka seolah berimaginasi dan berhalusinasi dan berada di dunia mereka sendiri. Jika anda ingin lebih tahu tentang bagaimana seorang pesakit 'Korsakoff', jangan lupa tonton telefilem 'Korsakoff' di pawagam televisyen rumah anda melalui saluran 'Astro First' pada 14  Mac 2024. Telefilem ini akan di tayang kan selama 48 jam, anda boleh mengulangi nyahingga puas berulang-ulang.

Saya tidak mahu 'spoiler' naskhah hebat ini tanpa anda menontonnya. Tahniah juga buat pengarah telefilem ini iaitu Opie Zami diatas kemampuan mengarah ketika PKP sangatlah luar biasa. Harap beliau akan terus berkarya dan menghasilkan banyak lagi filem dan drama hebat.

Pada yang merindukan kemunculan 'Iqram Dinzly' ini lah masanya untuk anda tunjukkan solidariti kepada bakat beliau agar tidak terkubur begitu saja.


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan