Konsert By Ajai and Mega Friends bakal satukan lima artis pilihannya.
Oleh: Norazni Ismail.
DAMANSARA 6 MAC 2024- Konsert By Ajai & Mega
Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3hb Ogos, 2024 di Megastar Arena Kuala
Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd. Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara
online di WWW.TICKET2U.COM.MY bermula 6hb Mac, 2024
ini. Tawaran harga tiket yang dibuka ini
merupakan tawaran ‘Early Birds”. Peminat
yang membeli tiket-tiket “SUPER MEGA VIP” pula berpeluang untuk sesi ‘Meet
& Greet” bersama Ajai dan juga membawa pulang goodie bag merchandise rasmi.
Barisan penyanyi yang dibawakan nanti seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Hazama dan Aufahanie dikenali Ajai daripada tahun-tahun yang berbeza tapi mereka ini kekal dalam ‘league’ mereka yang tersendiri hingga ke hari ini.
Untuk konsert pertama Ajai, beliau akan menggunakan khidmat Sharon Paul selaku Pengarah Muzik konsert. Pemuzik-pemuzik juga akan diiringi oleh barisan ‘strings’ bagi menambahkan lagi perisa muzik. Sebagai seorang yang sangat cerewet dalam mengenengahkan lagu-lagunya, Ajai pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap sudut di konsert pertamanya ini.
‘Apa yang saya boleh
janjikan, insyaallah, semua lagu yang bakal didendangakan oleh saya mahupun
artis-artis MEGA FRIENDS saya pastikan lagu karoks sampai hilang suara’ kata
Ajai secara berseloroh. ‘Dan yang pasti
juga, kualiti bunyian, susunan muzik dan setiap inci yang dipersembahkan oleh
team Menara Network dan produksi tiada kompromi’, jelas pihak Menara Network
tanda setuju dengan misi yang ingin Ajai sampaikan pada semua peminatnya di
konsert tersebut.
Pastinya, inilah buah tangan
yang telah lama anda nantikan. Kita
punyai ‘Hit Maker’ yang bakal menggegarkan pentas di konsert ByAjai bersama
barisan Mega Friends nya seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul,
Hazama, Aufahanie dan Maestronya, Ajai.
Di kesempatan ini juga pihak
Menara Network dan Ajai ingin merakamkan ucapan terima kasih pada pihak
pengurusan Hotel Royale Chulan Damansara dan Royale Chulan KL di atas
persetujuan menjadi rakan hotel rasmi bagi konsert kali ini.
Anda pastinya teruja untuk mendengar versi-versi asal ‘versi komposer’ bagi lagu-lagu hit artis-artis kesayangan anda. Jadi nantikan dan selitkan tarikh keramat ini dan kita jumpa di Megastar Arena Kuala Lumpur pada Sabtu, 3 Ogos 2024 jam 8 malam. Semestinya dibawakan oleh Menara Network Sdn Bhd!
Untuk konsert pertama Ajai,
beliau akan menggunakan khidmat Sharon Paul selaku Pengarah Muzik konsert. Pemuzik-pemuzik juga akan diiringi oleh
barisan ‘strings’ bagi menambahkan lagi perisa muzik. Sebagai seorang yang sangat cerewet dalam
mengenengahkan lagu-lagunya, Ajai pastinya mahukan yang terbaik untuk setiap
sudut di konsert pertamanya ini.
‘Apa yang saya boleh
janjikan, insyaallah, semua lagu yang bakal didendangakan oleh saya mahupun
artis-artis MEGA FRIENDS saya pastikan lagu karoks sampai hilang suara’ kata
Ajai secara berseloroh. ‘Dan yang pasti
juga, kualiti bunyian, susunan muzik dan setiap inci yang dipersembahkan oleh
team Menara Network dan produksi tiada kompromi’, jelas pihak Menara Network
tanda setuju dengan misi yang ingin Ajai sampaikan pada semua peminatnya di
konsert tersebut.
Pastinya, inilah buah tangan
yang telah lama anda nantikan. Kita
punyai ‘Hit Maker’ yang bakal menggegarkan pentas di konsert ByAjai bersama
barisan Mega Friends nya seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul,
Hazama, Aufahanie dan Maestronya, Ajai.
Di kesempatan ini juga pihak
Menara Network dan Ajai ingin merakamkan ucapan terima kasih pada pihak
pengurusan Hotel Royale Chulan Damansara dan Royale Chulan KL di atas
persetujuan menjadi rakan hotel rasmi bagi konsert kali ini.
Anda pastinya teruja untuk mendengar versi-versi asal ‘versi komposer’ bagi lagu-lagu hit artis-artis kesayangan anda. Jadi nantikan dan selitkan tarikh keramat ini dan kita jumpa di Megastar Arena Kuala Lumpur pada Sabtu, 3 Ogos 2024 jam 8 malam. Semestinya dibawakan oleh Menara Network Sdn Bhd.
Comments
Post a Comment