‘Mencari Ramlee’ Filem fiksyen berinspirasikan dari cerita kehidupan lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

 Datin Sofea Jane, Megat Sharizal dan Tony Eusoff,


Oleh: Norazni Ismail.

Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu turut disertai oleh penampilan khas para pelakon dari filem ‘Mencari Ramlee’ iaitu sutradara dan pelakon Megat Sharizal, teraju utama Tony Eusoff, Datin Sofea Jane dan juga Ilham dari band Pitahati yg juga merupakan anak kepada komposer terkenal Datuk M. Nasir.

‘Mencari Ramlee’ merupakan filem sulung arahan Megat Sharizal yang meneroka cabaran dan struggle yang dihadapi artis tempatan pada era 70an akibat perubahan zaman dan bagaimana untuk mempertahankan kerjaya seni mereka. Filem fiksyen berinspirasikan dari cerita kehidupan lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menikmati kemasyhuran dan kekayaan selama bertahun-tahun sebagai pelakon, pengarah dan pemuzik popular.

Namun menjelang akhir hayatnya, beliau tidak dapat mencari pekerjaan selepas berpindah dari Singapura ke Malaysia pada tahun 1964. Ini mengakibatkan merosotnya populariti sehinggalah beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Selain dari nama-nama besar yang disebutkan di atas, filem ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Amerul Afendi dan Iedil Putra serta penampilan khas Beto Kusyairi dan ramai lagi.

Pengarah 'Mencari Ramlee' Megat Sharizal ketika menjawab soalan media.


“Idea tercetus dah lama sejak 2012 lagi cuma pada waktu itu ada filem lain yang terlebih dahulu lulus untuk diterbitkan tetapi saya masih nak proceed dengan idea ini.” bicara Megat Sharizal ketika ditemui pada malam itu. “P. Ramlee adalah idola saya, punca saya terlibat dalam bidang perfileman pun disebabkan beliau. Dari lahir buka mata saya telah didedahkan dengan filem P. Ramlee. Namun ada kekangan di Malaysia sedikit sukar untuk buat filem biografi, oleh itu saya fikir mungkin saya boleh buat filem mengenai P. Ramlee tetapi di‘fiksyen’ kan filem itu, dimana apa yang berlaku dalam filem ini berlaku pada zaman kejatuhannya.”

“Ramai mengingati P. Ramlee ketika zaman kegemilanganya namun tidak ramai yang tahu bagaimana keadaannya sewaktu dilupakan. Saya tekankan isu ini kerana ianya mungkin bukan terjadi pada P. Ramlee sahaja, malahan terjadi juga pada seniman-seniman yang lain.” sambungnya lagi. “Saya ulangi ini bukan filem biografi, ianya adalah fiksyen yang menggunakan P. Ramlee sebagai subjek utama. Apa yang berlaku dalam filem ini adalah 100% fiksyen, tidak menyentuh tentang kehidupan P. Ramlee yang sebenar.” Megat Sharizal juga memberitahu target utama untuk filem ini ditayangkan di pawagam adalah pada September tahun ini sekiranya tiada aral melintang.

Megat Sharizal juga berharap agar filem ‘Mencari Ramlee’ dapat merangsang perpaduan dan sokongan antara artis tempatan serta memecahkan stigma bahawa filem Malaysia ditakdirkan untuk menerima nasib buruk. Berbeza seperti kebiasaan Malam Gala yang diadakan di pawagam sebelum ini, kali ini memilih untuk pra-pelancarannya di Masjid Teras Jernang. Tony Eusoff yang turut sama berada di situ berkata,

“Saya terasa begitu indah suasana di Masjid ini. Saya rasa lebih kepada silaturrahim yang autentik dengan memilih masjid berbanding di pawagam. Kalau buat di tempat yang komersil biasanya tidak memberi satu ketenangan, berbeza dengan apa yang saya rasa di sini.”

Antara pelakon yang turut serta dalam filem 'Mencari Ramlee iaitu Han Zalini serta Majua Nasir


Comments

Popular posts from this blog

Majlis Anugerah Kejayaan KAL Venture: Melahirkan Jutawan Pantas Malaysia

NIDJI MENGUMUMKAN KONSERT SOLO PERTAMA DI MALAYSIA

ILBAI Failkan Saman Terhadap "The High Table" & "Unboxing" Atas Tuduhan Menjual Barangan Mewah Tiruan