Nikmati Rasa Tradisional di Bufet Selera Kampung Palace of the Golden Horses pada Ramadan Ini.
Oleh: Norazni Ismail.
Palace of the Golden Horses dengan
bangganya mempersembahkan Bufet Selera Kampung, sebuah pengalaman kuliner
istimewa untuk menyambut bulan Ramadhan dengan citarasa tradisional dan
keaslian masakan Malaysia. Menampilkan pelbagai hidangan yang dipilih khas,
para tetamu dapat menikmati pelbagai rasa yang mewakili kepelbagaian budaya dan
warisan Malaysia, menjanjikan pengalaman berbuka yang yang tidak boleh
dilupakan.
Bufet Selera Kampung akan diadakan di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses dari 15 Mac hingga 7 April 2024. Tersedia pada setiap Jumaat hingga Ahad, ia menawarkan pelbagai hidangan yang dirancang dengan teliti untuk mengeratkan semangat persaudaraan pada bulan suci ini.
Dengan tiga menu dan pelbagai hidangan lazat yang dihidangkan secara bergilir, para tetamu boleh menikmati hidangan tradisional kegemaran ramai. Antara hidangan utama dalam menu ini termasuk 'Ayam Masak Rose A-la Kampung', 'Daging Salai Lemak Cili Api’, ‘Prawn Sambal with Petai', 'Labu Masak Lemak Pucuk Manis', 'Ayam Kampung Masak Gulai Utara', serta ‘Ketam Serai dan Cili’. Hidangan lain termasuk ikan dan makanan laut panggang, ayam panggang, itik panggang, peha kambing yang dipanggang bersama herba dan bawang putih, daging lembu panggang, dan pelbagai jenis satay.
Peminat makanan laut boleh menikmati pilihan di bahagian ‘Seafood on Ice’, yang menyediakan udang harimau, kerang Manila, ketam bunga, dan kerang scallop. Terdapat jugak gerai mi yang akan menawarkan pelbagai pilihan seperti Laksa Utara, Char Kway Teow Penang, dan Mee Mamak. Selain itu, para tetamu boleh menjamu selera dengan pelbagai pencuci mulut yang lazat seperti Ais Kacang ABC, Cendol, dan pelbagai hidangan Eropah termasuk kek keju, kek velvet, kek gulung, dan biskut.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati rasa Ramadhan di Bufet Selera Kampung Palace of the Golden Horses sambil menikmati permainan golf. Individu yang berminat boleh membuat tempahan di laman web Palace of the Golden Horses di https://ramadan.palaceofthegoldenhorses.com.my/.
Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini tentang acara ini, sila layari https://www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses atau hubungi En. Marzuki (012-6492084), Puan Yanti (016-9229558), Puan Shafina (012-9621669), atau nombor pejabat kami di 016-2908400 (Isnin - Jumaat: 9 pagi hingga 6 petang, Sabtu: 9 pagi - 1 petang, Ahad: pejabat ditutup).
Comments
Post a Comment