Pelancaran Lagu Single Rasmi bagi MUNAJAT BUAT GAZA oleh Leia AzZahra dan Pelancaran album BEKALAN JIWA Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh.
Oleh: Norazni Ismail.
KUALA LUMPUR 14 MAC 2024- Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh baru saja merilis album BEKALAN JIWA pada 7 Mac 2024. Projek ini merupakan rakaman album qosidah secara live yang hanya diringi oleh alat muzik perkusi yang dimainkan sendiri oleh anggota Munsyidaat El Qassh. Lagu-lagu yang dirakamkan adalah lagu-lagu mawlid, selawat dan zikir klasik zaman-berzaman. Album ini telah diterbitkan secara bersama oleh Loonaq Records dan sub-label di bawahnya iaitu NAKHODA ALAM RESOURCES yang dimiliki oleh artis penyanyi, komposer dan penulis lirik yang dikenali iaitu Royce Sa’ayan.
Penerbit bagi album in adalah Royce sendiri dan bekerjasama dengan penerbit muzik dan rakaman iaitu Mohd Noor Mohd Zain@MadNor Hendrix. Dirakam di studio Loonaq Records di Desa Kundang, Rawang, Selangor.
Munsyidaat El Qassh (bermaksud Penyanyi Cerita Sirah)pada awalnya diwujudkan untuk mengisi kegiatan majlis dan upacara keagamaan, kebudayaan, juga melakukan kerja kerja amal kebajikan (NGO). Diasaskan oleh penyanyi/komposer dan penulis lirik Royce Sa'ayan dan dibimbing oleh Cikgu Siti Hajar, pelatih vokal profesional dan anggota-anggota lain atas sifat komunti yang ingin membawa semua kecemerlangan budaya berqosidah pada generasi seterusnya, insyaaAllah! (Biografi selanjutnya adalah dilampirkan).
Projek single lagu rasmi untuk IRAMA SOLIDARITI BUAT PALESTINE mula diilhamkan ketika Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) melaksanakan beberapa program SOLIDARITI BUAT PALESTINE yang mengumpul beberapa penggiat seni untuk membuat persembahan dan ceramah bermula di hadapan SOGO, di Masjid Jamek WP Kuala Lumpur dan semasa persembahan konsert Search Kidin dan XPDC. IRAMA bercadang membuat beberapa program lagi bagi mengekalkan motivasi agar terus menyokong semampu yang terdaya kepada rakyat Gaza dan Palestine, umumnya.
Loonaq Records telah menyambut idea lagu rasmi ini dan membuat rakaman yang pada asalnya untuk dinyanyikan secara beramai-ramai oleh artis Loonaq Recorsd, namun kekangan masa dan masalah teknikal untuk mengejar tempoh yang ditetapkan akhirnya telah memilih Leia AzZahra sebagai penyanyi lagu iaitu bertajuk - Pelancaran Lagu Single Rasmi bagi MUNAJAT BUAT GAZA. Lagu ini adalah ciptaan dan lirik oleh Haji Rozman Abas . Muzik digubah dan disusun oleh saudara Othman Masri@Man Senoi (AJK IRAMA) bersama Haji Rozman dan Din Ozon.
Comments
Post a Comment